Warfare 4 bakal dikeluarkan??




Korang, nak tahu tak, Call of Duty bakal terbitkan DLC baru! Dilaporkan mereka sedang membangunkan siri keempat dari DLC ‘Modern Warfare’ yang dijangka akan diterbitkan pada tahun 2019.

Dekat laman web Call of Duty, sis tengok diaorang dah pamerkan harga pre-order untuk francais yang berkenaan dan khabar angin lagi bahawa developer game itu, Infinity Ward sedang berusaha keras untuk mengembalikan semula kegemilangan Modern Warfare. Banyak yang memberi feedback positif dari kalangan peminat game ini sebab mereka lebih gemar berperang secara realistik tanpa menggunakan teknologi power.

Siri ini stop lepas Modern Warfare 3 keluarkan pada tahun 2011 dan menyepi selama lebih kurang  lapan tahun sebelum ada khabar angin seperti sekarang, yang akan ada episod baru iaitu Modern Warfare 4 bakal diterbitkan pada tahun hadapan. Actually, game ni sangat popular dari dulu lagi terutamya apabila Modern Warfare 3 diterbitkan sebab player boleh memainkan salah seorang watak anggota pasukan elit untuk menentang pengganas.

Tahun ini CoD telah terbitkan Black Ops 4 yang mana game itu lebih berkonsepkan futuristik dan peperangan masa depan. So, lepas ni Modern Warfare 4 bakal menyusuli. Salah satu feature baru yang bakal hadir dalam game ini adalah peperangan realistik serta menggunakan military tools jenis Colt M4 Carbine dan ada kapal terbang Lockheed AC-130 Spectre. Wuish!

Kalau kita tengok episod sebelum ni, player ditawarkan untuk melaksanakan pelbagai misi bersama pasukan elit sesebuah negara dan menghalang keganasan daripada musuh.

Siapa main game ini, memang seronok sebab korang boleh merasai pengalaman sebenar sebagai seorang tentera elit dan ada pelbagai senjata yang disediakan.

Game ini katanya akan dilengkapi dengan game mode Battle Royale yang semakin popular sekarang dan terutamanya dalam e-Sport. Kita tunggu la next berita daripada CoD okay!


Sumber: vg247 ,DEXERTO

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top