AAA Games

World War Z Game Hampir Serupa Dengan Left 4 Dead

racun-tech-world-war-z-art-cover



World War Z Game Paling Hampir Serupa Dengan Left 4 Dead

World War Z lah game yang boleh dikatakan paling hampir serupa macam game zombie favourite para gamers iaitu Left 4 Dead. Untuk yang tak tau, game World War Z ni adalah game yang diinspirasikan daripada movie World War Z. Zombie pulak dikatakan pergerakan diorang adalah berdasarkan daripada pergerakan zombie dalam Left 4 Dead. So kita pun teruskan lah dengan cerita pasal game World War Z (siapa yang tak tau tu Z tu maksudnya zombie tau XD).

racun-tech-world-war-z-weapons

So dalam game ni, ada 4 mission yang korang akan lalui iaitu di Moscow, Tokyo, Jerusalem dan New York. Setiap mission korang mesti akan lawan dengan beribu kalau tak, beratus zombie. Zombie pulak bukan ada zombie biasa je dan semestinya semuanya akan berlari dan bukan jalan. So, zombie pun ada yang special punya iaitu Lurker yang akan lompat ke arah korang dan tahan korang sambil bagi damage (basically hunter dalam L4D). Seterusnya adalah Bull iaitu zombie berbadan besar dan akan rempuh korang sambil pegang sorang daripada survivors.

Zombie Dalam Game

racun-tech-world-war-z-weapons

Zombie dalam ni agak bijak sebenarnya. So sama macam dalam movie, zombie dalam ni mampu untuk membuat satu gunung semata-mata untuk kejar korang. Impressive bukan? So, kita masuk bab character pulak, game ni ada class untuk character-character dia seperti Slasher. Slasher ni kalau korang dapat banyak kill zombie secara berterusan, korang akan health boost atau extra attack. Lagi satu contoh class adalah Exterminator yang kalau banyak kill dapat boost kepada bahan letupan atau area of damage bom yang korang pakai.

Dalam game ni, zombienya takdalah kuat mana pun, tembak sekali dua terus mati tapi kalau headshot terus mati lah. Tapi seperti cerita World War Z atau game Left 4 Dead, nombor diorang yang membuatkan zombie-zombie ni bahaya. So dalam game ni korang memang kena lari laju sambil clearkan zombie yang ada sebab korang tak boleh buang masa stay satu tempat. Sekali korang dah kena kepung tu memang banyak nyawa boleh drop.

racun-tech-world-war-z-zombie

So gais apa macam game ni? Korang dah main belum? Bagi korang, game ni boleh dikira sebagai Left 4 Dead 3 2019 ke? Sebab ramai yang berfikiran macam tu dengan mission co-op seramai 4 orang dan bandar yang sesak dengan beribu zombie. World War Z dah keluar sekarang untuk PC, PS4 dan Xbox One. Jangan lupa dapatkan dan main dengan kawan okay!

Keep it cool and ciao~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!