Xbox Maverick: Konsol Tanpa CD?



Khabar angin ini dimulakan daripada artikel di Thurrott.com oleh Brad Sams. Dia mengatakan tentang projek ‘Xbox Maverick’, keluaran Xbox terbaru yang tidak menggunakan apa-apa disc. Berdasarkan berkembangan daripada artikel itu, projek itu telah dimanakan sebagai ‘Xbox One S All Digital Edition’.

Berdasarkan WindowsCentral.com, Microsoft akan mula menerima preorders pada pertengahan bulan April 2019. Keluaran umumnya pula akan mula seawal bulan Mei 2019. Berkemungkinan ia adalah launch secara seluruh dunia.

Sebagai peringatan, ini hanyalah gossip-gossip sahaja. Masih tiada lagi official announcement daripada Microsoft atau yang berkaitan tentang topik tersebut. Namun, berdasarkan sumber-sumber, ia bukan setakat mitos dan berita seterusnya akan keluar tak lama lagi.

Konsep konsol disc-less akan menjadi yang pertama untuk syarikat. Ia memberi kemudahan dari segi storage dan mengakses game secara efisien. Semua game akan menjadi digittal. Dengan perkhidmatan Xbox Game Pass, di mana player akan diberi peluang untuk bermain 100 game Xbox One dan Xbox 360 selama tempoh yang diberi dengan hanya satu bayaran. Mereka juga sedang menyediakan Project xCloud, sebuah perkhidmatan gaming secara layar. Maksudnya, game tidak lagi perlu download. Hanya perlu masuk internet sahaja. Kelebihan lainnya juga adalah tiada lagi kerosakan secara fizikal pada game. Game takleh tercalar dah. Kalau corrupted pun file, game tetap ada dalam Account Xbox. Cuma tinggal download balik je.

Apakah kekurangannya pulak? Well, yang paling ketara ialah korang akan tidak boleh lagi pegang game korang secara fizikal. Tiada lagi casing cantik-cantik. Hanya tinggal icon dalam skrin sahaja. Selain itu, pasaran used  games akan kecoh sikit. Kalau semua digital, takde cara lain dah nak member pinjam game Fifa ke atau jual game Halo korang yang dah lama tak main tu. Dia akan jadi seperti Steam dah. Try la tengok account sesapa pun, mesti yang berwarna kelabu banyak tapi yang boleh main PUBG dan Dota 2 je. Dah beli sekali, stay selamanya.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top