Browser Chrome Kini Lebih Menggunakan RAM



Browser Chrome Kini Lebih Banyak Menggunakan RAM

racun-tech-ram-banyak-google-chrome

Haa, Browser Chrome makan banyak RAM? Asal pulak? Okay gais, macam ni, but first of all welcome to the article dan dalam article ni jugak E-jam akan share satu berita baru tentang Browser Chrome sekarang akan makan banyak memory daripada RAM korang. Mesti korang tertanya kenapa lak makan banyak ni?

Okay kes ni adalah sebab daripada Chrome dah ada update baru untuk fix kelemahan pada Spectre CPU. Fix pada kelemahan pada Spectre CPU ni jugak telah menyebabkan Browser Chrome untuk memakan banyak memory daripada RAM. Google jugak ada menerangkan tentang Site Isolation untuk keluaran latest Chrome 67.

racun-tech-ram-banyak-ram

Site Isolation ni, adalah satu feature secara default yang akan melindungi korang daripada Spectre side channel attack. Spectre side channel attack ni yang menggunakan speculative feature execution yang daripada kebanyakan processor untuk access sebahagian daripada memory yang patutnya restricted. Malangnya, fix yang dibuat ni terpaksa memakan sedikit daripada memory RAM.

racun-tech-ram-banyak-google

Makan Sebanyak Berapa?

Fix tu  akan memakan sebanyak 10-13 percent daripada memory RAM. Needless to say, tu memang dikira sebagai bad news lah tu. Google sendiri berkata yang Browser Chrome yang akan memakan sebanyak 10-13 percent memory tu dikira menjadi satu isu kepada pengguna Chrome. Benda ni jugak akan jadi isu lebih besar kepada mereka yang menggunakan system dengan menggunakan RAM sebanyak 4GB sahaja. Bukan masalah memory RAM je, Google jugak tengah fix Chrome sebab isu Chrome memakan banyak daripada battery laptop.

So gais, adakah korang seorang pengguna Chrome? Adakah ini dikira isu besar bagi korang? Korang mengalami tak rasa macam browser korang slow semacam? Tapi jangan risau gais, sebab Google tengah berusaha untuk membetulkan isu ni secepar yang mungkin okay so chill alright gais?

Keep it cool and ciao~


Sumber: TheVerge

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: