Call of Duty Black Ops 4 Akan Jadi Battle Royale?!

Wuish~ Sangatlah terkejut bila dapat berita yang CEO Activision, Bobby Kotick, mengatakan syarikat mereka sangat bagus dalam menerima inspirasi. Lagi-lagi sekarang demam game bergenre Battle Royale. Hampir setiap bulan, ada je berita tentang game Battle Royale. Korang mesti tahu yang Activision, sangatlah terkenal dengan game bersiri Call of Duty. Adakah dengan diinspirasikan dari genre Battle Royale, projek baru mereka, iaitu Call of Duty Black Ops 4 (COD BO 4), akan menjadi Battle Royale jugak? Korang nak tahu lagi berita lanjut? Jom, follow abam dalam entri dunia gaming pertama untuk RacunTech!

Semasa Investor Call, GamesIndustry.biz melaporkan yang Kotick menyuarakan keguman beliau kepada Fortnite kerana berjaya menarik gamers baru tak kira umur dan juga jantina. Memang aku akui yang Fornite sangat berjaya selepas menukar mode game mereka dari Horror Survival, ke Battle Royale. Tetapi, diinspirasi dari PUBG juga, cuma takdelah meniru ataupun menggunakan seluruh konsep PUBG itu sendiri. Tambah Kotick lagi, bila dia melihat orang berinovasi dengan memberi impak yang kuat, dengan pantas kami cuba untuk mengetahui bagaimana untuk menarik inspirasi dari inovasi.

“When we see things that appeal to our audiences, we are very good at being inspired by those.”

Kata Bobby Kotick. Laporan Bulan lepas mengatakan yang mereka, Call of Duty Black Ops 4 tidak akan ada lagi Single-Player Campaign, tetapi akan memasukkan ciri Battle Royale, dan kali ini, kita hanya perlu tunggu dan tengok bila COD BO4 dilancarkan di PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One nanti. Ada ke Battle Royale eh?

Jadi, apa pandangan korang kalau betul lah Activision nak buat COD BO 4 sebagai game Battle Royale, ataupun ada mode Battle Royale? Korang rasa best ke? Atau mungkin ini cara mereka untuk tarik balik pemain mereka yang hilang selepas beberapa siri Modern Warfare 2? Kat bawah nanti, abam letak video teaser eah?

Leave a Comment

Scroll to Top