Akhirnya Gameplay Call OF Duty: Modern Warfare Akan Ditunjukkan

racun-tech-call-of-duty-modern-warfare-operator

Bulan lepas, pada 31 Mei, Infinity Ward dan Activision akhirnya mendedahkan game terbaru soft reboot kepada Call of Duty 4: Modern Warfare mereka iaitu Call of Duty: Modern Warfare. Game ini akan datang ke pasaran pada 25 Oktober untuk platform PS4, Xbox One, dan PC.

Tetapi setakat ini, yang didedahkan hanyalah trailer yang diberikan dan mereka (Infinity Ward dan Activison) hanya berkata tentang campaign yang akan dijalankan dalam game kontroversi ini.  Sebenarnya, sebarang gameplay game ini tak pernah ditunjukkan lagi, kecuali beberapa orang media yang berpeluang untuk menyaksikannya secara private demo pada event E3 hari itu.

Director Infinity Ward, Joel Emslie berkata, yang peminat akan dapat melihat gameplay game ini tak lama lagi. Pendedahan gameplay dikatakan “semakin tiba”. Tetapi tak pasti samada pendedahan itu akan disertakan sekali dengan multiplayer mode atau tidak tapi yang pasti gameplay akan disertakan mode Co-Op iaitu mengembalikan Spec-Ops. Game ini akan dikeluarkan pada 25 October, so mungkin tak lama lagi akan dikeluarkan gameplay untuk mengejar tarikh keluarnya game ini.

Kenapa Game Ini Dianggap Kontroversi?

racun-tech-call-of-duty-modern-warfare-michael-condrey

Bekas ketua Sledgehammer Games, Michael Condrey, dan juga merupakan salah seorang developer untuk game Call of Duty series, berkata yang dia berasa bahawa Activision sengaja membuatkan game terbaru diorang lebih “dark” dan kontroversial demi mengejar menjadi tajuk utama atau tajuk berita.Sebab kepada demi mengejar tajuk berita ini sebab, kontroversi menjual melalui pengajian yang dilakukan.

Kontroversi dalam business mampu membuatkan orang teruja atau ingin tahu maka diorang pun ingin mencuba sesuatu produk yang dikatakan sangat kontroversi. Sama juga dengan game soft reboot Call of Duty: Modern Warfare ini.Dikatakan oleh Michael Condrey juga yang mungkin developer Infinity Ward dipaksa untuk membuatkan game itu lebih kontroversi dan “dark” demi mendapat tajuk berita utama.

Tetapi ktia masih tak tau samada Michael Condrey ada campur tangan dalam development game ini ataupun ini semuanya adalah anggaran dia.Apa-apa pun kontroversi mengenai jalan cerita ini dan askar kanak-kanak berjaya mendapat perhatian ramai dan menarik minat mereka. Kita kena tunggu sebarang pengumuman atau update mengenai game ini untuk mengetahui lebih lanjut.

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: