Capcom bakal keluarkan filem aksi MEGA MAN

Capcom telah mengesahkan untuk membuat filem Mega Man. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Henry Joost dan Ariel Schulman, diterbitkan oleh 20th Century Fox. Di samping itu, ia akan dihasilkan oleh Chernin Entertainment dan Masi Oka.

Ini adalah satu berita yang best untuk peminat-peminat hit video game yang telah lama tunggu untuk melihat Mega Man ditayangkan dalam bentuk filem. Sempena ulang tahun Capcom yang ke-30, ini adalah satu usaha yang dibuat oleh mereka untuk keluarkan filem Mega Man.

Capcom menyatakan tujuan mereka membuat rancangan ini adalah untuk ‘diverse audience’ dan juga bukan hanya gamers tetapi peminat filem aksi juga dengan adaptasi yang mempertahankan dunia Mega Man games. Filem ini juga akan menggabungkan grand production dan hiburan terkenal di Hollywood.



Usaha filem ini juga satu rancangan yang dibuat oleh Capcom untuk “meningkatkan nilai brand” Mega Man. Pengumuman ini dibuat pada masa yang sama Capcom lancarkan game Mega Man 11, yang hit PC pada 2 Oktober lalu.


Walau bagaimana pun, filem Mega Man ini masih tidak mempunyai tarikh tayanan yang tetap. Kita tunggu dan lihat berita seterusnya daripada mereka okay.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 

 





Leave a Comment

Scroll to Top