Please expect delay in delivery for outside Klang Valley due to COVID-19/Raya Dismiss
facebook

Cara Jadi Streamer Game di Facebook

cara jadi streamer game

Adakah anda ingin mengetahui cara jadi streamer game di Facebook dengan pengikut yang ramai? 

Jika anda merupakan individu yang selalu layan live stream gamers bermain game, anda mungkin tahu bahawa terdapat banyak manfaat untuk menjadi seorang streamer yang berjaya.

Malahan terdapat sesetengah streamer game yang berjaya telah menjadikan ini sebagai kerjaya mereka kerana mampu menjana pendapatan yang memuaskan.

Di Facebook, kita boleh dapati banyak konten yang berkaitan dengan gamers yang bermain permainan video. 

Facebook Gaming Partner merupakan suatu pendekatan yang diambil oleh pihak Facebook dalam mencari individu-individu yang mempunyai konten video yang berkualiti.

Bagaimana jika mahu memohon untuk menjadi Facebook Gaming Partner? 

Pertama sekali, anda perlu berada dalam Program Level Up dan menghasilkan konten-konten yang berkualiti. 

Kedua, tidak ada cara untuk anda apply. Sebaliknya anda perlu menunggu pihak Facebook untuk menghubungi anda.

Konsep program ini ibarat anda perlu di “discover” oleh pihak Facebook berdasarkan konten yang anda telah hasilkan.

Langkah Demi Langkah Setup PC Gamer

Photo - Underground Gaming

Spesifikasi PC yang sesuai adalah penting untuk tujuan streaming.

PC mestilah mampu untuk bawa game yang nak stream tu.

Game-game yang terkenal seperti DOTA dan CSGO mempunyai keperluan yang rendah. Jadi, pilih PC seperti ini:

  • Mana-mana processor yang ada 4 cores 4 threads. Contohnya macam Intel i3 generasi ke-8, Intel 5 generasi lama atau Ryzen 3.
  • VRAM Graphic Card anda mempunyai sekurang-kurangnya 2GB dan minimum GTX950.
  • PC anda sekurang-kurangnya 8GB.
  • Storage kenalah cukup. Disarankan pakai SSD sebab laju sikit kalau nak program dan sebagainya.

Software Streaming

Open Broadcaster Software atau lebih dikenali sebagai OBS merupakan software untuk streaming yang lebih baik.

Untuk pengetahuan anda, berbanding Graphic Card, software OBS ini menggunakan processor.

Selain itu, ianya juga bagus dalam menunjukkan gameplay korang di platform seperti Facebook. 

Di sini kami akan menjelaskan cara-cara nak set-up OBS dengan mudah:

  1. Muat turun OBS di website OBS
  2. Kemudian, right-click pada aplikasi tersebut dan pilih “Run as administrator.
  3. Pilih perimeter sebelum menyambungkan OBS ke platform pilihan streaming. Selepas itu, pilih tab “Video” di menu sebelah kiri.
  4. Platform streaming seperti Facebook mempunyai panduan untuk membantu korang memilih resolusi serta frame rate yang sesuai. 

Pastikan kelajuan upload internet korang dapat mengendalikan resolusi dan frame rate yang dipilih.

  1. Dengan menggunakan menu sebelah kiri, akses tab “Video” dan pilih BitRate yang diingini.

Setelah melakukan langkah-langkah set-up OBS, sekarang korang boleh menyambungkan software ini dengan platform siaran pilihan.

Cara Jadi Streamer Game di Facebook

Untuk menjadi streamer game di Facebook, terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti:

  • Cari halaman Facebook Live dan login.
  • Klik “Create Live Stream”.
  • Jika anda nak buat siaran sekali sahaja, copy “Stream Key”.
  • Sekiranya ingin streaming secara kerap, tandakan kotak “Use a persistent stream key” dan copy kod yang dihasilkan.
  • Kemudian, kembali ke OBS dan paste pada kotak kosong “Stream Key”, klik “Apply” dan diikuti dengan “OK”.

Berapa Banyak Pendapatan Gamers Dengan Facebook Gaming?

UNGOF WINNING – Grant Offer Fund

Ya, dengan menjadi streamer game, anda boleh menjana pendapatan yang agak lumayan.

Facebook merupakan platform streaming yang mendahului Asia Tenggara.

Apa yang lebih menarik adalah pada tahun 2019, viewership Facebook Gaming meningkat sebanyak 87 peratus.

Ini menunjukkan ramai orang suka menonton streaming permainan video.

Seperti yang telah dinyatakan, syarikat Facebook mempunyai program Level Up yang membolehkan streamers menjana pendapatan setelah mereka layak.  

Streamers juga boleh buat iklan dalam video mereka. Ini membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan.

Ia juga mempunyai program sumbangan di mana penonton boleh mengirim wang dalam bentuk “stars” kepada streamer kegemaran mereka.

Pada April 2020, Facebook Gaming merekodkan 20.7 juta “stars” yang telah dihantar kepada streamers, yang bernilai US$207,000 (RM900,801).

Lebih menarik, jumlah ini hanyalah daripada penonton-penonton dari Malaysia sahaja.

Jika anda mahu memulakan kerjaya sebagai seorang streamer game, Facebook merupakan platform yang terbaik di negara ini.

Tip Menjadi Streamer Game Yang Berjaya

Ulian Gmbh

Anda perlu sedar bahawa terdapat ramai orang yang telah mencuba untuk menjadi seorang streamer game, namun tidak semua berjaya.

Demi memastikan bahawa usaha anda akan membuahkan hasil, di sini terdapat beberapa tips untuk menjadi streamer game yang berjaya:

  • Dedikasi

Untuk berjaya memang tidak ada jalan yang mudah. Apabila anda telah memulakan sesuatu, usaha harus diteruskan sehingga matlamat tercapai.

  • Tumpukan pada satu game (Specialise)

Dengan menumpukan kepada hanya satu game, anda akan dapat audience yang tetap.

Jika game yang anda main itu diminati ramai, maka lebih tinggilah peluang untuk mendapat lebih ramai penonton.

  • Mempunyai Pelan B

Jika game yang anda main tidak mendapat sambutan yang begitu baik, eloklah kalau mempunyai pelan kecemasan. Mungkin anda perlu tukar kepada game lain yang lebih trendy dan popular.

  • Marketkan Stream Anda

Sentiasa mempromosikan stream anda kerana penonton amat penting dalam industri ini.

  • Kenali Pengikut

Apabila anda live, amatlah digalakkan untuk memberi respons kepada komen dan soalan. Penonton merupakan aset untuk membina komuniti anda.

  • Peralatan Komputer Yang Terbaik

Komputer, microphone dan webcam anda haruslah berkualiti supaya penonton berasa seronok melihat konten anda. 

  • Bekerjasama

Anda boleh menjalinkan hubungan kerjasama dengan streamer lain dengan cara mempromosikan stream mereka.

Dengan ini anda boleh berkongsi komuniti.

Kesimpulannya, menjadi seorang streamer game yang berjaya memerlukan anda untuk berusaha.

Facebook merupakan platform yang terbaik untuk anda mencuba sebagai seorang streamer.

Demikianlah serba sedikit tentang cara jadi streamer game di Facebook.

Sekiranya anda sedang mencari PC gaming, dapatkannya di RacunTech.

racuntech
racun tech

RacunTech merupakan syarikat gaming yang mampu merealisaikan impian anda dengan menawarkan peralatan yang sangat berkualiti.

Mengapa pilih RacunTech? Kami membina gaming rig berdasarkan keperluan anda dan bukan berdasarkan bajet anda semata-mata.

Sejak tahun 2017, kami telah membina lebih daripada 300 custom ultimate machine.

Lebih 500,000 bahagian hardware telah dijual dan telah mendapat lebih daripada 1000 orang pelanggan seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut dan pertanyaan, layari website kami sekarang.

Join the conversation

Request a call

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)