Broadband Internet 1 Gbps dengan harga RM199!!



Tenaga Nasional Bhd sebelum ni ada bagitahu yang TNB nak buat perkhidmatan jalur lebar. Syarikat ni telah mengambil alih syarikat Setia Haruman Technology (SHTech), iaitu penyedia perkhidmatan internet di Cyberjaya. Sekarang SHTech sedang menyiapkan untuk pengembangan yang dilakukan di Jasin, Melaka dengan City Broadband.

Untuk pengetahuan korang, City Broadband sebelum ni ditawarkan di Cyberjaya dan juga Bangsar South. Jasin adalah kawasan yang ketiga yang mempunyai penawaran perkhidmatan daripada pihak mereka.

City Broadband menawarkan beberapa pakej iaitu;

  • 50 Mbps = RM79 sebulan
  • 100 Mbps = RM99 sebulan
  • 500 Mbps = RM139 sebulan
  • 1 Gbps = RM199 sebulan

Dalam tawaran pelan City Broadband ni, ia hadir dengan kontrak selama 24 bulan atau 12 bulan. Kalau korang ambil pelan City Broadband yang ada kontrak 12 bulan, korang akan dicas bayaran sekali banyak RM300 dan tak layak untuk terima promosi di masa akan datang. Pengguna boleh pilih kontrak sama ada pelan City Broadband 12 bulan atau 24 bulan . Actually bila tengok kan, tawaran City Broadband ni agak berpatutan dan kelajuannya juga mencapai sehingga 1 Gbps dengan harga yang tak sampai RM200 pun! Kalau korang nak yang kelajuan dia biasa-biasa je macam 50 Mbps juga ada pada harga RM79 je. Tu pun dah cukup tau 50 Mbps.


So, kalau korang berminat dengan tawaran City Broadband ni, korang boleh ketahui lebih lanjut dengan klick di sini. Pastikan korang menyemak dulu kedai yang berkaitan sebelum korang melanggan.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top