CJ Dan Big Smoke Masuk RE2 Remake??

Semuanya berjalan lancar macam hari-hari biasa, sampai lah CJ dan Big Smoke tiba-tiba masuk dalam RE2 Remake?! Yes, nampaknya character favourite dan jugak meme yang hangat sekarang iaitu CJ dan Big Smoke  dah masuk dalam Resident Evil 2 Remake sebagai mod! Seperti dinyatakan, diorang adalah mod yang di mana CJ menggantikan Leon dan Big Smoke pulak err, dia menggantikan Mr. X.

racun-tech-gta-resident-evil-2

Dalam game tu, korang akan bermain sebagai Le- er CJ dan korang akan bertembung dengan Mr. Smoke atau Big Smoke dan korang memang kena lari sebab tumbukan dia sangat mengancam. Apa yang menarik pasal mod ni adalah, diorang menggunakan character daripada GTA San Andreas tu sendiri. Kiranya diorang import character model dan bukan tu je gais. Kalau korang tengok video di bawah ini, diorang jugak menggunakan audio suara daripada game GTA San Andreas jugak.

Yang lawaknya mod ni adalah bila Big Smoke dah pukul CJ, dia akan Tanya adakah dia okay dan CJ pulak jawab dia okay. Bila CJ dicekik pulak CJ akan merayu pada Big Smoke untuk bertenang hahaha. Untuk pengetahuan korang jugak, mod ni dibuat oleh BeastGamingHD dan dia jugak seorang youtuber. Pengimport character pulak adalah Marcos RC.

Sejak keluarnya game Resident Evil 2 Remake ni, game ni telah mendapat sambutan yang hangat sekali dan sekali gus menjadi no. 1 dalam carta penjualan Januari 2019. Sejak daripada tu, ramai orang pun main lah game ni dan disebabkan dunia gaming ni banyak modders, makin lawak lah gameplay daripada pelbagai orang sedunia.

Announcement Game Baru?

Tapi setakat ni Capcom tiada announcement apa-apa yang dibuat tentang projek diorang Resident Evil 3 Remake kecuali dariapada teaser dikeluarkan oleh Capcom. Selain tu jugak ada khabar angin tentang Resident Evil 8 dalam development tapi daripada studio lain dan bukan Capcom.

Apa-apa pun keep it cool and stay frosty.

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

Sumber: comicbook/wwg

avatar

E-jam

Writer, Journalist

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: