CJ Dari San Andreas Ke Dark Souls

Carl Johnson ataupun lebih dikenali sebagai CJ dari GTA San Andreas nampaknya telah menukar profesion dan mencuba nasib sehingga ke dalam game Dark Souls. Kau buat apa ni CJ sampai ke Lordran. Di bawah, korang boleh tengok, CJ tengah memuja matahari (Siapa yang pernah main Dark Souls mesti tahu gesture ni):

Pencipta, Drop0ff berkata yang CJ menggantikan Hard Leather Set, bermaksud pemain yang memainkan kelas Warrior dalam Dark Souls: Remastered boleh mengawal CJ, protagonis dari GTA San Andreas ke dalam Lordran. Di bawah merupakan beberapa screenshot CJ berlegar-legar di dalam Lordran:

Ini merupakan satu mod, yang bagi abam, menarik untuk di mainkan. Drop0ff berterima kasih kepada modder Dark Souls, Meowmaritus untuk DSFBX tool, yang membenarkan korang untuk mengimport model game lain. Selain dari pada itu, Zullie The Witch, merupakan Streamer game Dark Souls, dari akaun Twitternya mengatakan yang Mod Dark Souls akan menjadi lebih mengarut, dan lebih menarik lagi selepas ini.

Apapun, abam macam nak try mod ni nanti~ Hehehehe

Leave a Comment

Scroll to Top