Close To The Sun, Game Horror Style Bioshock??

Close To The Sun, adalah sebuah game baru yang dibuat oleh Storm In A Teacup. Game Close To The Sun ni adalah bergenre horror-adventure dan puzzle solving, dan macam Bioshock, game ni adalah game yang memang menguji minda dan mental korang. Apa yang ada dalam game ni? Seram ke? Zombie kah? Yang pasti ni adalah survival horror adventure punya genre game.

Gameplay

close-to-the-sun

Game ni jugak ada Andrew Ryan nya sendiri (Andrew Ryan adalah seorang character of ideals dalam game Bioshock). Andrew Ryan ni, dalam Bioshock dia memang terkenal dengan ayat “would you kindly?” yang di mana dia sentiasa cakapkan ayat tu dekat protagonist. Tapi kali ni Andrew Ryan dalam ni adalah Nikola Tesla, seorang yang penuh dengan ideals dan akan melaksanakan tak kira apa pun.

Cerita Close To The Sun ni dimulakan dengan Helios, kapal yang direalisasikan oleh idea Nikola Tesla yang inginkan ramai saintis untuk membuat research tanpa gangguan. Tujuan Nikola Tesla buat kapal Helios ni adalah untuk membuat Utopia di mana saintis boleh membuat research tanpa diganggu. Tapi semuanya jadi gelap bila kapal ni diserang dengan benda yang tak dikenali.

Protagonist Dan Detail

Close-to-the-sun-in-game

Korang sebagai Archer Rose, seorang journalist, akan cari adik korang iaitu Ada dalam kapal Helios yang sedang dipenuhi dengan benda yang tak diketahui lagi. Jelajah lah kapal Helios ni, menyelesaikan puzzle yang ada sambil dikejar enemy tanpa sebarang senjata untuk bela diri korang. Selain tu jugak korang akan dibantu dengan kawan yang ada untuk menolong korang sepanjang perjalanan korang nanti.

Game Close To The Sun adalah first person horror adventure dan game ni memang membuatkan korang rasa risau dan takut untuk main. Benda yang korang boleh buat hanya lah berfikir untuk selesaikan puzzle, lari dan sembunyi bila ada enemy. Ada satu lagi details yang korang kena tau, pada satu pintu entrance, ada satu tulisan yang mengatakan “QUARANTINE”. Goodluck bila bermain nanti gais.

Close-to-the-sun-quarantine

 Close To The Sun telah set to release pada 2 May 2019 dan akan keluar di Epic Games Store, so jangan lupa untuk dapatkan atau pre-purchase sekarang dan main okay gais~


Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: