Betul ke Controller PlayStation 4 didatangi dengan Touchscreen?



Sebelum ini, yang kita tahu PlayStation 4 akan membuat pembaharuan bagi konsolnya. Tapi, tiada sesiapa boleh jangkakan apa pembaharuan tersebut. Nak tahu tak apa pembaharuan dia?

Sis dapati yang Sony Interactive Entertainment America telah keluarkan paten yang mereka telah update dan dapat dilihat banyak pembaharuan baru yang akan ada di PS4 termasuklah mungkin akan didatangi dengan controller baru yang dilengkapi dengan touchscreen.

Memang touchscreen! Fungsi touchscreen pada controller ini mempunyai fungsinya tersendiri. Mungkin hanya sentuh untuk mem-pause kan permainan? Betul ke? Tambahan pula, dalam paten tersebut juga ada bagitahu yang controller ini seperi Dual Shock 4. Tapi itulah, mungkin juga ini dalah satu ciri pembaharuan yang kita tak dapat fikir bahawa Sony akan wujudkan controller seperti ini.

Tapi khabar ini semua daripada paten, yang sis tahu memang PlayStation membuat pembaharuan dalam membangunkan konsol mereka. Jadi, kita tunggu saja pengumuman yang sah daripada mereka.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: