Cuphead Akan Jadi Sebuah Netflix Series! Awesome!

Game Yang Membuat Hati Sakit Ini Kini Ke Netflix

racun-tech-cuphead-netflix

Game 2D Shooters yang lincah dah sering tak boleh dijangka ini kini akan mendapat animated comedy spin-off di Netflix dengan studio MDHR punya Chad dan Jared Moldenhauer (adik beradik dan merupakan founder studio MDHR dan pereka game Cuphead) sebagai executive producer. Tak macam game Cuphead, The Cuphead Show ini boleh habis dengan senang (sebab yela, senang jer dapat tengok dan tak perlu main).

Cartoon tersebut akan dibuat oleh Netflix Animation dan akan lebih menunjukkan sifat-sifat unik Cuphead dan Mugman kerana kita akan dapat tengok dunia game ini dalam bentuk cerita. Untuk pengetahuan korang, Cuphead ini diinspirasikan oleh Fleischer,  dan kartun-kartun Disney pada zaman 30-an dulu. Itu menerangkan kepada kenapa game ini ada gaya seperti kartun lama.

Jalan Cerita The Cuphead Show?

racun-tech-cuphead-netflix-show

Setakat ini, jalan cerita masih belum diketahui, dan penulis dan juga voice actor pun masih tak diketahui lagi. Maka The Cuphead Show ini mesti masih di awal perancangan lagi. Macam adaptasi The Witcher, kita mungkin akan dapat beberapa kejutan daripada pihak Netflix nanti. 

Bagi korang yang tak pernah main game ini, sangat disyorkan untuk berbuat demikian sebab game ini adalah sangat mencabar iman dan kesabaran korang tetapi mempunyai keseronokan dalam gaming tersebut. Boleh dikatakan ianya ada 2D Shooter tapi ada perasaan membuat orang marah seperti Dark Souls. Jika nak main game ini, boleh dibeli di store Steam.

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

 



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: