Custom Mode Dota 2 Mungkin Jadi Paling Popular 2019?



Alright, alright so kepada semua Dota 2 player kat luar sana mesti dah pernah dengar dan main kan? Haa kepada sesiapa yang belum lagi, jangan risau bro akan cerita A-Z pasal ni okay hehe. Okay so Dota 2 Auto Chess mode ni adalah custom mode yang dibuat oleh China-based Drodo Studio. Dota Auto Chess adalah strategic, tactically complex mix of board game dan Dota custom map.

Custom mode ni je dah cecah bersamaan 100,000 player baru-baru ni dan jugak dah cecah 672k subscribed users tau. Dikatakan lagi banyak player-player yang main game ni daripada game-game popular macam Grand Theft Auto 5 atau Football Manager 2019. Jangan risau, nampak je macam game ni perlu berbayar tapi tak pun so chill, macam Dota 2, mode ni pon free tau.

Macam namanya Dota Auto Chess, game ni merupakan board-style gaming. Korang kena fikirkan strategy dan pakai lah hero yang disediakan untuk korang lawan enemy. Lepas korang dah letak hero dalam board, korang pun boleh upgrade hero korang so boleh jadi kuat lagi. Tapi ada caranya. Cara nak upgrade tu kena lah beli hero yang sama contohnya Enchantress. Beli lah hero ni 3 kali atau lebih dan korang boleh upgrade jadi Echantress+3 so makin kuat, makin senang nak lawan enemy okay? Well, memang la nampak macam board-style gaming Dota Auto Chess ni tapi cara gerakkan hero dia macam main mode Warcraft 3 Legion TD  dan Hero Line Wars.

Game ni lebih kepada macam Tower Defense and memang mencabar sebab masa untuk beli hero hanyalah 30 saat,so korang kena la cepat tau. Kalau tak cepat nanti tak sempat korang nak build counter untuk enemy nanti. Bro lupa nak mention yang hero bukan pick macam main normal match tu, hero dia akan draft sendiri tau. Game ni pun sebenarnya fast-paced tau so kalau kalah takpe, boleh je masuk match lain dan main lagi. Tak semestinya tak reti main Dota 2 korang tak boleh main game ni tau. Bro pun dah main and memang best so siapa yang dah takpe lah tapi yang belum rugi tau so go now and play it!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: