CYBERPUNK 2077: Release date, trailer gempak, Keanu Reeves?

Akhirnya Cyberpunk 2077 ada release date selepas banyak spekulasi, iaitu pada 16 APRIL 2020!

Kejutan pada pengumuman dekat E3 yang paling ramai hype gila mestilah Keanu Reeves, yang mana dia akan featured sebagai anarkis dengan sunglasses yang kacak dan ada tangan robotik.

Korang mesti kenal Keanu Reeves kan, haa dia lah yang berlakon sebagai John Wick dan Neo dalam filem Matrix tu. Keanu Reeves ada atas pentas E3 untuk umumkan release date lepas trailer rasmi Cyberpunk 2077 ditayangkan pada umum.

Menurut pembangun game ni iaitu CD Projekt Red, mereka ada sediakan demonstrasi dekat convention E3 dan dibilik yang tertutup ada gamplay ekslusif. Cyberpunk 2077 menggunakan 1st person perspektif yang mana memang awesome sebab korang boleh feel dia punya intensity tu dan yang penting aksi tembak menembak dia adalah fast paced.

Cyberpunk 2077 jauh beza dari first-person-shooter yang biasa kita main tu. Character boleh explore, hack dan guna skill engineering untuk sampai ke tempat yang kita tak sepatutnya ada. Selain itu, ada juga senjata selain pistol untuk fighting. Dari cut scene, ada juga aksi memandu dan sedikit third person perspektif. Tapi, apa yang ditunjukkan tu semua masih belum finalized dan akan berubah.

Cyberpunk 2077 screenshot

Demo Cyberpunk dekat E3 menggunakan PC spec yang high-end, ni list specs pc dia ;

Processor – I7 8700K
Motherboard – Asus ROG Strix Z370-i Gaming
Ram – 32GB 3000MHZ DDR4 RAM
Graphic card – GTX 1080TI 11GB
Storage – Samsung 960 Pro 512GB
Power Supply – Corsair SF600W

Kalau kita lihat, spec pc demo ni memang high end, tapi korang jangan risau, kita tak perlu pun build pc sampai RM20000 untuk enjoy gaming Cyberpunk 2077. Range PC harga bajet RM2500-RM3000 pun dah boleh enjoy game Cyberpunk 2077. Alright, masa untuk menabung gais.

P/s: Your’re Breathtaking 🙂

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Temporary License Diberikan Kepada Huawei, Black Ops 5 Adalah CoD 2020, Modern Warfare 4 Ke Mana?,Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: