Haih, ingatkan dab ni dah tak jadi benda trending tapi nampaknya masih ada trend ni dan dah dijadikan sebagai challenge dalam salah satu live stream Twitch dibuat oleh account bernama “Luke TheNotable”. Luke buat 10 jam challenge ni selepas update patch December lepas Fortnite 7.10 yang mengeluarkan emote “Infinite Dab”.

Luke, dengan berfikir yang maximum masa video dalam Youtube adalah 10 jam terus buat emote infinte dab yang bertahan selama 10 jam ni dan record secara livestream di Twitch dan Youtube. Yes, emote tu selama 10 jam weh and dia pun buat jugak. Pergh, kalau bro buat pun bro bosan huhu.

Selama dia livestream dab dia tu, dia telah mendapat donation sebanyak 2000$ dan paling banyak donation adalah daripada account bernama Kevgamer99 yang bagi 200$ kat Luke. Luke jugak dapat sebanyak 6000 subscriber tau wow hahaha tak sangka challenge macam ni dapat banyak macam ni.

Lepas dah habis dab 10 jam tu, Luke TheNotable menggunakan duit yang dia dapat untuk donate dekat gamer lain yang dia cari dekat Youtube Gaming. Luke jugak pesan jangan buat macam dia sebab challenge ni mengakibatkan dia hilang headphone sebab kecuaian dia hahaha kesian Luke. Kalau macam ni, bro pun nak buat lah livestream 10 jam tengok viva la vida boleh tak? XD

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: