Game Seperti Monster Hunter Tapi Free Akhirnya Keluar Daripada Early Access

Kepada pengembara dalam dunia Dauntless! Developer Phoenix Labs iaitu yang buat game Dauntless ni ada berita baik untuk korang. Berita baik tu seperti yang korang baca dalam title di atas, diorang akan buat game ni sebagai full release pada 21 May nanti. Kalau korang tak tau game ni, game ni lebih kurang je macam Monster Hunter, korang kena terima quest dan buru lah raksasa.

Tapi game ni bukan bootleg atau apa, game ni memang original cuma concept je lebih kurang macam Monster Hunter. Walaupun quality lagi terselah kepada Monster Hunter, tapi Dauntless jugak masih mengandungi beberapa specialty dia. Senang cerita, kedua-duanya hampir sama cuma ada beberapa perbezaan sahaja. Yang pasti dua-dua game memberikan experience yang best bila bermain secara solo atau coop.

Bila Open Beta Dauntless Release?

racun-tech-dauntless-pangar-reveal

Release pada May 2018 (Open Beta), sehingga ke July 2018, Dauntless dah mendapat total sebanyak 2 juta player satu dunia. Ni dikira sangat berjaya dan of course lah atas faktor free jugak membantu kan? Tapi selain tu, gameplay dia jugak menarik. Gameplay berbeza daripada Monster Hunter adalah “Magical abilities” yang dimasukkan dalam game tersebut. Ability ni lah yang menguatkan attack korang ke raksasa yang diburu nanti.

Tapi semestinya, Monster Hunter lah pilihan orang ramai kan? Sebab Monster Hunter memberikan top notch performance, hunt yang best dan gameplay menarik. Update ke dalam Dauntless jugak tak sebanyak yang Monster Hunter memberikan dan tak berkualiti sangat. Tapi kemaafan diberikan lah kepada Phoenix Labs sebab genre game ni adalah yang pertama bagi diorang.

Apa-apa pun kita mampu tunggu full release kepada game Dauntless ni. Harap-harap full release ni memberikan lagi banyak experience yang best bagi player-player di luar sana untuk have fun bermain dengan kawan-kawan atau solo. Ingat, dia akan keluar full release pada 21 May untuk PC, Xbox One dan PS4, sementara tunggu tu, korang cuba lajh closed beta dulu okay? So gais, keep it classy, stay safe and ciao~

See Also: Mobile Version Apex Legends On The Way!?, Titanfall 3 Ditunda, Fokus Apex Legends, Menentang Hukum Fizik Dalam Apex Legends, #RacunTips Shoot Dengan Baik Dalam Apex Legends

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: