Dell mahu memperluaskan Alienware ke dalam motherboard dan PC lain

Sudah lebih dari satu dekad sejak Dell memperoleh Alienware, pada masa itu pembina PC gaming adalah Falcon-Northwest dan Maingear. Untuk tempoh masa tersebut, HP telah membeli VoodooPC dan OCZ (kini dimiliki oleh Toshiba) yang dibeli oleh Hypersonic. Alianware adalah satu-satunya jenama yang masih berdiri di bawah Omen by HP (nama asal adalah VoodooPC) dan Hypersonic ditutup pada tahun 2010. Ia juga akan berkembang menjadi komponen PC seperti motherboard dan graphic card.

Seperti yang dinyatakan, Alienware paling berkait rapat dengan semua komponen PC dan laptop Dell, walaupun pengguna juga boleh membeli monitor Alienware, mouse pad, keyboards, dan juga headsets. Dell ingin memperluaskan ke dalam komponen teras akan menjadi satu peningkatan yang besar dan mereka akan mempertimbangkannya.



Pengurus besar Dell XPS Frank Azor mengatakan yang Dell sedang mencari pasaran untuk komponen jenama Alienware. Jenis crossover ini dalam pasaran PC cukup biasa di kalangan peripheral makers-Corsair menjual segala-galanya seperti chasis, cooling ke pemacu memori dan storage drive, dan juga NZXT baru-baru ini memperkenalkan motherboard yang pertama. Walau bagaimanapun, Alienware akan menjadi satu jenama yang pertama yang menjual komponennya sendiri. Of course boleh jadi!.

Azor menambah notis bahawa Dell perlu membuat plan untuk jangka panjang dan merumuskan strategi untuk kukuh di antara persaingan yang sengit. Dell juga mempertimbangkannya kerana mereka sudah menawarkan komponen Alienware yang sekarang tidak menjadi tumpuan utama orang ramai dan mereka juga akan membuat sebaik mungkin daripada sekarang.

Bukan itu saja,yang menariknya kebimbangan itu menyebabkan Dell merunding untuk mendapatkan Elgato, pembuat streaming hardware yang popular yang akhirnya dibeli oleh Corsair.

Dari apa yang sis baca semua, Azor mempunyai banyak idea tapi masih ada keraguan untuk membuatnya. Usahanya dimulakan dengan SSD yang telah berjaya, dan diikuti dengan motherboard dan graphic card. Jadi, kita tengok lah apa akan berlaku dan dikeluarkan oleh mereka pada masa akan datang.

*Semoga berjaya dan apa yang dirancang itu berjaya Dell!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



 



Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: