Devil May Cry 5 Ada Multiplayer dan Juga Microtransaction?!

Demo TGS dan listing PlayStation Store telah mendedahkan yang Devil May Cry 5 ada kedua Microtansaction dan juga Multiplayer. Apa ni? Peminat telah pun memainkan DMC 5 demo semasa TGS 2018 minggu ini, dan di antara mereka, perasan yang mereka boleh menggunakan duit sebenar untuk membeli currency in-game, iaitu Red Orbs. Kepada mereka yang merupakan Kipas-Susah-Mati siri game DMC, konfirm tahu apa fungsi Red Orbs ni. Ianya untuk korang unlock hampir kesemua, Upgrade Weapon, Moveset baru, dan juga, Consumables. 

Bila ditanyakan soalan kepada director Hideaki Itsuno, dia berkata yang ianya diatas pilihan pemain sendiri. Kepada mereka yang inginkan semuanya dengan cepat dan menjimatkan masa, jadi, mereka mempunya pilihan untuk menggunakan Microtransaction tersebut. Untuk Multiplayer, ada diantara peminat, melihat di listing PlayStation Store, yang korang boleh bermain secara Multiplayer, 2 hingga 3 pemain. Apabila ditanyakan soalan tentang Multiplayer, mulut Itsuno mengunci rapat. Beliau hanya mengatakan tunggu dan lihat, tetapi mereka telah mereka cipta game tersebut untuk memberikan experience single player yang terbaik sekali.

Semestinya banyak pemain akan membuat spekulasi, betul? Tapi, abam duk fikir-fikir, kalau la ada Multiplayer, adakah korang bermain sebagai rakan, atau pun, korang berlawan satu sama lain. Alah, senang cerita, macam Souls-Like game punya Multiplayer, Darksouls dengan Bloodborne. Apapun, korang layan dulu trailer DMC 5 ni kat bawah:

[yotuwp type=”videos” id=”rKp1Hy0pjtw” column=”1″ per_page=”1″ description=”off” player=”mode=large”]

Leave a Comment

Scroll to Top