Diablo 4 Sepatutnya Diumumkan Semasa Blizzcon 2018, Tetapi?

Kalau korang tahu, mula-mula, Blizzard mengumumkan kepada peminat dan mereka yang hadir di Blizzcon tentang Diablo: Immortal. Apa yang abam dapat tahu, ramai makhluk marah, tak puas hati, rasa macam nak gigit je orang-orang yang ada dalam Blizzard ni. Asal eh? Pelik jugak abam. Terbaru, abam dapat tahu sebenarnya, mereka nak umumkan tentang Diablo 4 semasa pengakhiran Blizzcon 2018. Tetapi, takde pulak. Apa yang dah jadi ni?

Dua orang yang dikenali, lebih tepat, yang arif dalam rancangan Blizzard semasa Blizzcon 2018 mengatakan yang sejurus je Blizzard mengumumkan tentang Blizzard: Immortal, terus akan keluar satu pop up video dan Co Founder Allen Adham akan menceritakan tentang Diablo 4 yang sedang dibangunkan. Tapi kan, mananye? Tidak ada apa-apa berita tentang Diablo 4 dan dengar kata, Blizzard menarik balik rancangan asal last minit.

Pelik tetapi, bagi abam, ianya mungkin merupakan satu jalan selamat untuk crowd control setelah apa yang terjadi pada Diablo: Immortal. Buat masa ni, belum ada berita dan juga pencerahan yang kukuh lagi tentang kenapa rancangan asal ditarik balik. Apa pun, kita tunggu. Kemungkinan ada penjelasannya.

Cer try layan trailer Diablo: Immortal, apa yang diorang marah sangat eh:



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: