Director MGS Cakap Korang Tak Ready Lagi Untuk…



Death Stranding? Asal lak director Jordan Vogt-Roberts untuk filem Metal Gear Solid akan datang cakap sampai macam tu sekali? Well, first of all, dia gi melawat ke Studio Kojima Productions dan berjumpa dengan Hideo Kojima sendiri.

Masa lawatan tu, dia dapat merasai gameplay Death Stranding tersebut dengan Hideo sendiri. Selepas dah cuba main game tu, komen daripada Jordan, director Metal Gear Solid tu adalah “It’s like freebasing pure Kojima and Shinkawa.”

Banyak lagi yang dikatakan oleh Jordan dan bukan dia sahaja yang memuji game ni. Bro pernah cerita kan pasal Horizon Zero Dawn dan Killzone punya director datang dan tengok gameplay Death Stranding ni selama 2 jam. Diorang pun kebanyakan speechless dan banyak memuji masterpiece Hideo Kojima yang masih tak complete lagi ni.

Apa-apa pun kita terpaksa lah tunggu sebarang pengumuman atau news baru tentang development Death Stranding ni okay bossku sekalian? Yang penting kita tau Hideo Kojima tengah buat masterpiece untuk kita semua para gamers hehe.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




%d bloggers like this: