Dota 2: Reset 17k Account Kerana Smurfing!?



Hello there readers di luar sana. Alright bro nak cerita pasal Dota 2 ni game yang disukai ramai tu haa. Cerita apa? Ceritanya macam ni, developer Dota 2 iaitu Valve Corporation baru-baru ni dah reset 17K account yang disyaki smurf. Pergh 17k tu beb.

Yes ni betul-betul, sebab apa Valve Corporation buat macam ni adalah sebab smurfs (player yang power tapi buat account baru) selalu membuli diorang yang baru nak masuk alam Dota 2 ni. Selain tu jugak, ada yang disyaki membeli account demi kesenangan diorang main rank tanpa perlu menang 10 match takpun beli account yang rendah dan push rank sampai naik kaw-kaw.

Perkara ni semakin meluas dan player yang baru nak melangkah masuk alam Dota 2 ni pun takut untuk main sebab asyik kalah dengan smurfs-smurfs ni. Pembuat Dota 2, Valve Corporation tengah berusaha nak hapuskan semua smurfs ni dan maybe akan ambil masa yang lama. Account-account yang ditangkap smurf akan diban selama 5 tahun tau aiyokk.

So dengan ini, Valve Corporation berharap smurfing atau beli account tak akan jadi lagi dan bro cuma nak cakap, siapa-siapa yang rasa dia main smurfs tu hati-hati lah sebab nanti kene reset account haa tak pasal-pasal kena main ban tauuu huhu. Play smart and win gloriously bossku sekalian. Ciao~

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: