DOTA 2 Update 7.20 akan mengubah seluruh DOTA 2!!



Kini, ramai pemain-pemain Dota 2 yang hebat. Baru-baru ini, Malaysia telah mengadakan KL Major 2018 di Axiata Arena, yang mana permainan sengit yang telah berlangsung antara Virtus.Pro dan Team Secret yang akhirnya Virtus.Pro membawa balik anugerah itu. Tapi berita hari ini adalah Dota 2 membuat update 7.20 yang akan memberi banyak perubahan dalam Dota 2. Apa perubahannya?

Butiran mengenai patch Dota 2 yang dinanti-nantikan dalam pembaharuan permainan 7.20 ini telah dikeluarkan pada hari Isnin lalu. Korang boleh tengok video dibawah ini;

Perubahan yang dapat dilihat dalam update 7.20 ini antaranya ialah peta. Peta yang telah diubahsuaikan dengan lebih luas dan menarik dari sebelum ini dan juga mekanisme penolakan yang baru dan perubahan kepada hero. Sesiapa yang main Dota 2 sebelum ini, tahu lah.

Perubahan yang paling menarik ialah pengenalan lima item baru – dan penghapusan Ring of Aquila. Item baru dalam Dota 2 7.20 adalah:

  • Yasha and Kaya
  • Kaya and Sange
  • Ring of Tarrasque
  • Holy Locket
  • Crown

Bukan itu saja, ada lagi banyak yang telah diubah seperti Abaddon, Rubick, Anti-Mage, Bane, Shadow Demon, Bounty Hunter, Meepo, Beastmaster dan banyak lagi. Tapi ramai yang kata, update baru ini mempunyai banyak masalah, betul ke? Apa pendapat korang?

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top