Dr Disrespect Cakap Fortnite Buat Gamers Jadi Lembut

racun-tech-dr-disrespect

Betul ke Fortnite buat gamers jadi lembut sseperti apa Dr Disrespect cakap? So korang kenal tak siapa dia Dr Disrespect ni? Dia ni adalah antara salah seorang streamer yang famous disebabkan perwatakan dia dan pakaian dia. Dia ni jugak seorang yang bebas berkata-kata dengan mengkritik game atau game developer dan sebagainya.

Kenapa Dr Disrespect Ni Cakap Macam Tu?

racun-tech-fortnite

So baru- baru ni dalam satu live stream oleh Dr Disrespect, dia sikit lagi nak memenangi satu match dalam Fortnite. Untuk mendapatkan victory royale tu, dia kena lawan dengan seorang saja lagi enemy yang ada baru lah dapat victory royale. Dr Disrespect ni jugak seorang yang main game menggunakan tactic aggressive iaiatu dengan terus terjah enemy. Malangnya bila tengah syok-syok lawan tu, dia akhirnya kalah dengan enemy tu dan Dr Disrespect pun terus marah-marah. Bila marah tu dia ada menyatakan sesuatu tentang game Fortnite tu sendiri.

Fortnite membuatkan gamers zaman sekarang jadi lagi lembut” kata streamer popular tu. Sebab dia cakap macam ni adalah satu, dia memang benci game mechanics Fortnite. Lagi satu, ni dikira sebab yang munasabah lah. Dalam Fortnite, korang tau kan ada game mechanic yang membolehkan korang build satu tower daripada material yang korang ada. Disebabkan benda tu lah streamer tu cakap macam tu.

Kelainan Daripada Game Lain

racun-tech-fortnite-tower

Kalau kita ikut macam dalam PUBG atau game-game lain yang ada system membina satu tower daripada material tu, diorang memang kena cekap elak daripada tembakan enemy. Tapi sampai Fortnite je, bila korang kena serang hendap, chill lah, boleh bina 7 tingkat tower kot. Benda boleh bina tower untuk lindungi diri kenapa nak lari kan? Haa gitu lah ceritanya.

Dr Disrespect berkata kalau seperti game lain akan memaksa orang menjadi aggressive bila dah beredekatan. Bila jadi aggressive, korang boleh jadi lagi cekap daripada pengalaman bermain secara aggressive tu (percayalah, E-jam dah laluinya huhu). Tapi cara Fortnite yang dikatakan oleh Dr Disrespect, membuatkan gamers lebih kepada defensive so buat tower atau cover dan settle terus. Sekali kena tembak dan terus tower bertingkat-tingkat dan susah untuk orang lawan, end up korang mati.

Conclusion

racun-tech-dr-disrespect-beahm

Tapi bagi E-jam okay je kot system macam ni sebab tower ni adalah keunikan Fortnite, cara yang aggressive adalah keunikan game macam PUBG, Apex Legends dan lain-lain. Senang cerita lain game, lain cara lah. Mungkin sebab Dr Disrespect ni memang yang seorang terjah je dalam game so sebab tu dia cakap macam ni. Korang rasa macam mana pulak? Betul ke game ni buatkan gamers lembut? Berikan pendapat korang okayyy.

Keep it chill and ciao~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: