Dr Disrespect Digantung Dari Twitch Dan Pass E3 Dibatalkan

Sangat-Sangat Dr Disrespectful Dia Ni

racun-tech-dr-disrespect

Seperti yang korang kenal atau tak kenal dia ni, Dr Disrespect adalah seorang streamer yang terkenal dengan livestream di Twitch, personality dia dan cara dia bermain game yang hebat. Tapi kini korang tak dapat tengok livestream Dr. Disrespect ni buat sementara waktu sebab dia telah digantung daripada menggunakan perkhidmatan livestreaming di Twitch.

Sebab Apa Digantung Twitch? Pass E3 Dibatalkan?

racun-tech-dr-disrespect-toilet

Sebab apa digantung? Sebabnya adalah baru-baru ni baru sahaja berlangsungnya event E3 dan semestinya streamer yang popular di laman sosial dan hardcore gamer seperti Dr Disrespect akan pergi ke event ni. Sudah semestinya dia akan livestream dan dia pun mulakan tabiat dia tu di sana. Tapi apa yang masalahnya adalah dia telah buat livestream di tandas.

Untuk pengetahuan korang, antara peraturan yang tertera dilarang Twitch adalah “pencerobohan privasi atau hak umum”. So Dr Disrespect pun secara tak sengaja terlanggar larangan tu dan dia pun dah digantung daripada livestream di Twitch buat sementara waktu.

Tapi bukan tu je yang streamer popular ni telah rugi. Dia jugak telah dibatalkan pass E3 dia serta merta mulai keesokan hari keluarnya livestream dia tu. So korang takkan dapat tengok Dr Disrespect akan livestream di event E3 selepas ni.

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Peminat Lebih Menyukai Call Of Duty: Modern Warfare Berbanding Yang Lain, Tips Membeli Gaming Mouse Yang Awesome!,Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: