Dragon Ball Z: Kakarot (2020) akan ditambah Vegeta, Piccolo dan Gohan sebagai playable character

Z Fighter kembali lagi!

Dragon Ball Z: Kakarot, adalah merupakan game terbaru dan telah didedahkan oleh Bandai Namco. Game kali ini merupakan  game bergenre RPG dan story focused. Dengan trailer, dan gameplay demo yang didedahkan, kini kita hanya menunggu sahaja ketibaan game ini pada awal 2020 nanti. Tapi untuk menambah hype kepada penantian game ini, dikatakan playable character akan bertambah! Character tersebut adalah Vegeta, Piccolo dan Gohan.

Penambahan playable character ini kemungkinan akan digunakan pada scene yang tertentu seperti ketika Vegeta lawan dengan Android 20 dan Android 21, atau seperti Piccolo sedang melatih Gohan. Kita tak pasti ianya macam mana, memandangkan game ini dinamakan sempena nama sebenar Goku iaitu Kakarot.

Baru-baru ini, menurut Gematsu dan Ryokutya2089 yang telah melaporkan, dalam isu manga V-Jump, telah menyenaraikan bukan sahaja playable character ini tetapi termasuk sekali support character untuk game Dragon Ball Z: Kakarot ini. 

Siapa support character dalam Dragon Ball Z: Kakarot itu?

racun-tech-dragon-ball-z-kakarot-z-fighters

Support character itu adalah Krillin, Yamcha, Tien dan Chiaotzu yang juga akan membuat penampilan dalam game itu. Setakat ini kita masih tak tahu informasi yang mendalam tentang system support ini. Tetapi dikatakan yang mereka akan bersama dengan kita semasa berlawan dan akan bertindak mengikut kita atau ada button tersendiri.

Support character ini jugak boleh samada mengikut enemy atau guard attack yang menghala kepada kita. Kalau mengikut pada gameplay diberi, support character kepada Goku buat macam itu.

Dalam game ini jugak, dikatakan ada story baru yang lain daripada siri anime dan manga, seperti yang disahkan oleh pereka Dragon Ball iaitu Akira Toriyama itu sendiri. 

Dragon Ball Z: Kakarot telah dijadualkan untuk keluar pada awal 2020 untuk platform PS4, PC dan Xbox One. Yang pasti, harap-harap jadi Vegeta dan kita boleh mengalami scene “It’s over 9000!!!!”

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: