Kalau port ke PS5 dan Xbox Scarlett, mesti graphic cantik dan padu! Loading pun mesti laju!

Techland secara rasminya telah mengumumkan Dying Light 2, selain daripada platform yang sedia ada iaitu PS4, PC dan Xbox One, game terbaru mereka juga akan keluar pada platform PS5 dan Xbox Scarlett. Benda ini dah ramai yang tertanya-tanya jika game Dying Light 2 ini akan keluar pada PS5 dan Xbox Scarlett atau tidak. Tetapi nampaknya khabar angin itu adalah benar dan yes game ini akan di port juga ke platform terbaru nanti.

Tetapi persoalannya adakah mereka (Techland) sudah bersedia untuk port game Dying Light 2 ke PS5 dan Xbox Scarlett? Itu kita tidak pasti, tetapi “Techland selalu berminat dengan mainan yang baru” kata Pawel Rohleder, CTO Techland, yang bercakap kepada Wcctech

Sinopsis Dying Light 2

racun-tech-dying-light-2-gameplay

Dying Light 2 kini sedang berada di dalam proses development untuk PS4, PC dan Xbox One dan juga dijadualkan untuk dikeluarkan pada musim bunga 2020 nanti. Tetapi dengan disahkan berita tentang keluaran pada next gen console ini, kemungkinan besar ianya akan dilambatkan lagi.

Jika korang tidak mengetahui game ini mengenai apa, di bawah ini adalah sinopsisnya:

“Sudah 15 tahun sejak manusia telah kalah kepada virus. Penempatan manusia yang terakhir kini ditempatkan di dalam bumi yang dijangkiti, tak dapat diselamatkan dan sebagainya. Di siang hari, perompak akan merompak siapa-siapa sahaja yang mereka nampak dan survivor yang kelaparan akan berlegar di setiap pelusuk jalan. Di waktu malam pula infected akan keluar daripada lubang mereka dan cuba cari manusia untuk dimakan”

“Player akan menjadi sebagai Aiden Caldwell, seorang survivor yang terlah berjangkit. Dengan kelebihan besar seperti laju, dan kemahiran combat yang brutal akan membuatkan anda seorang kawan yang sangat kuat dan komoditi yang berguna dalam dunia bahaya ini. Player boleh buat apa sahaja orang lain tak boleh buat. Memasuki tempat di mana orang tak pernah masuk dan dengan kemahiran yang unik, player boleh menjadi ejen perubahan dalam metropolis yang semakin runtuh ini. Nasib bandar ini adalah di tangan anda”

Adakah korang hype untuk main game ini nanti? Adakah kita akan nampak protagonist sebelum ini iaitu Kyle Crane? Tunggu gais!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: