EA Australia Pun Nak Kene Layoff



Berikutan dengan layoff daripada Blizzard Entertainment dan developer Guild Wars 2, Electronic Arts juga mula memberhentikan staf-staf di studio mereka yang bertempat di Melbourne.

Pada 2012, EA telah menggabungkan dua studio mereka, IronMonkey Studios dan Firemint, menjadi satu di bawah nama FireMonkey. Mereka merupakan syarikat game development terbesar di Australia. FireMonkey bertanggungjawab menghasilkan game-game mobile seperti Real Racing 3, The Sims: Freeplay dan Need for Speed: No Limits.

Syarikat ini telah berpindah ke pejabat baru di Docklands pada 2016. Mereka telah dipuji oleh Menteri Victoria dalam Industry Kreatif, Martin Foley. Beliau mengatakan sejarah studio FireMonkey “adalah antara yang inovasi, kreatif dan kejayaan global.”

Seminggu yang lepas, Real Racing 4 yang sedang mereka develop telah dikatakan bahawa projek itu telah cancel (tetapi EA tidak mengesahkannya lagi). Berikutan dengan keputusan itu, Eksekutif daripada EA telah turun ke Australia untuk mengaturkan perubahan keseluruhan studio. Berdasarkan yang difahami oleh Kotaku Australia, developer yang diberhentikan diberitahu secara perjumpaan individu manakala yang tidak terkesan diumumkan secara berkumpulan.

FireMonkey mempunyai jumlah pekerja yang tidak dapat dikenalpasti dengan tepat tetapi ada mengatakan mereka ada hampir 200. Sebuah kenyataan daripada Game Workers Unite Australia menganggarkan 80 hingga 100 staf terkesan dengan layoff. Namun, nombor tersebut telah dibetulkan dengan 40 hingga 50 orang.

Dah tiga studio berderet kene layoff. Kebiasaannya perkara ini berlaku apabila publisher ingin menjimatkan kos. Kurang pekerja, kurang perlu dibayar. Terdapat juga yang mengatakan bahawa FireMonkey akan memfokuskan kepada projek yang sedia ada seperti Real Racing 3 dan terus menambah content pada masa hadapan. So faktor pembatalan Real Racing 4 berkemungkinan besar adalah sama. Nak buat camne, EA ni company besar. Boleh dikatakan ‘besar sangat’ sampai tak boleh stabil dalam industri ini. Kebanyakan game yang dikeluarkan oleh EA kebelakangan ini mempunyai satu perkara kontroversial yang mereka enggan buang, microtransaction. Loot box, bayar item dalam game guna duit betul. Semua ni kene bayar sedangkan game yang mereka keluarkan kebanyakkannya bukannya free. Contohnya Star Wars Battlefront 2. Game dah la $60, pastu item semua lock. Nak unlock kene grind lama-lama ataupun kene topup. Dah bayar kene bayar lagi. Consumer pun bising ah. Tapi tu je la nak pastikan pekerja diorang dapat gaji bulanan.





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: