Electronic Arts cancel game Star Wars lagi!? Why EA why!? Huhu dilaporkan ada satu lagi game franchise Star Wars yang dikhabarkan nama code bernama RagTag telah dibatalkan oleh EA. Game Star Wars RagTag ni berkonsepkan open world. Sebelum ni, game ni dibuat oleh Visceral Games yang terkenal dengan game survival horror Dead Space series dan ditolong oleh EA Vancouver.

Tapi selepas EA tutup Visceral Games, EA Vancouver telah ambil alih game ni sepenuhnya dan reboot semula game ni untuk menjadi open world. Sebelum reboot, game ni adalah linear action-adventure game directed oleh director game terkenal Uncharted series iaitu Amy Hennig. Lepas dah ambil alih dan di reboot oleh EA Vancouver, game Star Wars yang ditukar nama code Orca ni kena cancel pulak semasa dalam production lagi. Haiyaa apa bikin maa.

Setakat ni EA takda membuat sebarang comment terhadap pertanyaan orang lain, tetapi Studio Respawn yang membuat game Titanfall 1&2 tengah focus dalam production game Star Wars yang berjudul Jedi: Fallen Order yang telah diset untuk release di antara bulan September hingga December 2019 atau mungkin lambat lagi. Star Wars Jedi: Fallen Order ni pulak mengisahkan tentang seorang Jedi Padawan yang selamat daripada event Star Wars 3: Revenge Of The Sith selepas pembunuhan Jedi beramai-ramai. EA telah memutuskan untuk cancel projek Orca ni sebab nak focus dekat game yang akan release lebih awal seperti Jedi: Fallen Order.

Tapi apa yang diketahui tentang projek Orca yang masih awal sangat dalam production ni adalah game open world ni akan focus kepada bounty hunter yang boleh pergi ke banyak planet, terokai banyak system galaxy yang lain dan bekerjasama dengan faction-faction lain. Ada desas-desus mengatakan game ni takda lah cancel sepenuhnya dan akan sambung production dan set to release mungkin pada 2020 yang dikatakan akan release next generation console pulak?  Apa-apa pun bro harap diorang tak rosakkan game dengan microtransaction diorang yang melampau dan tak merosakkan konsep original Star Wars huhu.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: