Early Access World War 3 Bermula Pada Bulan Hadapan

Modern military multiplayer FPS, World War 3 akan memasuki fasa Early Access pada Oktober 19 dan ianya akan berharga $28 (MYR 115.82), kata developer game tersebut, The Farm 51. Kenyataannya lagi, game ini mempunyai dua mode, pertama, War Zone. Kita akan nampak infantri, kereta berperisai, dan juga drones berperang untuk Fortified Points. Menang peperangan berskala kecil akan membantu pemain untuk memenangi peperangan berskala besar di map yang besar dan juga taktikal.

Mode kedua, Recon. Dimana, mode Recon ni adalah sebenarnya mode team-based battle royale yang memerlukan korang, sebagai pemain untuk menangkap pelbagai target. The Farm 51 menjangkakan yang game World War 3 akan berada di dalam fasa early access selama 12 hingga ke 15 bulan. Semasa fasa tersebut, mereka akan menambah game modes baru, senjata, maps dan juga unit. Dengar kata yang mereka akan naikkan lagi harga game ni bila full release nanti tetapi, DLC yang akan dikeluarkan pada masa hadapan adalah free.

Jadi, adakah game World War 3 akan menjadi satu fenomena seperti PUBG mahupun Fortnite? Cuba layan trailer di bawah:

[yotuwp type=”videos” id=”ysgzR2jMwNE” column=”1″ per_page=”1″ description=”off” player=”mode=large”]

 

Leave a Comment

Scroll to Top