Earth Defense Force 5 Akan Ke Steam Minggu Ini! Shoot Em’ All!

Bersedia Untuk Buru Raksasa Semut Dan Serangga Lain Dalam PC Korang

Mulai minggu ini, game Earth Defense Force 5 akan ke PC, selepas dah setahun setengah keluarnya game ini di console. Game arcade shooter ini akan membuatkan korang dihimpit dengan raksasa alien serangga yang datang ke bumi dan nak menakluki bumi selain daripada melenyapkan semua manusia dari muka bumi ini.

Dalam siri ke-5 game Earth Defense Force ini, buat pertama kalinya ada enemy jenis humanoid di samping raksasa biasa iaitu Gargantuan Ants. Game ini jugak merupakan single player/ co-op game so korang boleh main secara seorang atau bersama rakan-rakan. Untuk bermain dua orang sahaja, ada juga feature splitscreen. 

racun-tech-earth-defense-force-5-ranger

Gameplay Earth Defense Force 5

Game ini boleh dimain secara online dalam 4 orang satu game so korang boleh lah ajak 3 member korang untuk beli dan main game ini sama-sama nanti. Dalam game ini, ada 4 kelas EDF yang korang boleh pilih untuk dimainkan iaitu Ranger, Wing Diver, Air Raider dan Fencer.

Seperti game sebelumnya, ianya adalah satu game shoot em’ all di mana korang tembak je semua raksasa yang ada sehingga semuanya terhapus. Arahan untuk game ini senang jer, iaitu musnahkan semua raksasa yang ada. Walaupun graphic tak seberapa, tapi ianya penuh dengan keseronokan. Dikatakan game ini mempunyai story yang tak seberapa tapi keseronokan memusnahkan raksasa masih kekal sama seperti biasa. Earth Defense Force 5 akan keluar di Steam pada 12 July 2019.

racun-tech-earth-defense-force-5

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: