Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Elon Musk Jadi Musuh Internet Dalam 2 Hari Ni

via Kotaku

Seperti yang korang tau, atau mungkin tak tau, baru-baru ni Twitter telah digempurkan dengan satu aksi terbaru Elon Musk iaitu dia tak kreditkan artist yang telah membuat satu hasil seni berkenaan game Nier: Automata. Dalam satu post oleh Elon Musk, dia telah post satu gambar main protagonist game Nier: Automata iaitu 2B tetapi tak memberikan nama account atau nama artist yang telah buat hasil seni tu.

Ramai meminta Elon Musk untuk kreditkan artist yang buat hasil seni tu tetapi Elon Musk pun reply balik dengan berkata “Tidak”. Lepas tu dia teruskan dengan membuat tweet “Tiada siapa yang patut dikreditkan dengan apa-apa langsung”. So nampaknya Elon Musk memang buat perang dengan para tweeters dengan post yang dia buat ni.

Hasil Seni Yang Jadi Viral

via MagaliProd

Inilah hasil seni yang dilakukan oleh artist Meli Magali, yang telah melukiskan character 2B daripada game Nier: Automata. So Elon Musk pun telah ambil gambarnya dan post tanpa kreditkan artist Meli Magali ni dan ramai yang sangat marah dengan response yang diberikan oleh Elon Musk

Sebab Elon Musk Tak Kreditkan Artist?

Sebab kenapa CEO SpaceX ni tak kreditkan artist yang melakukan hasil seni adalah melalui response dia iaitu “Saya berharap orang akan berhenti kreditkan artist di Twitter bila mana-mana orang bodoh boleh mengenal pasti terus artist berkenaan dalam beberapa saat. Ianya merosakkan medium tersebut”. So senang cerita Elon Musk taknak kreditkan artist sebab dia berharap orang ramai boleh terus mencari siapa artist yang lakukan hasil seni itu dengan senang. 

Apa Jadi Sekarang?

So selepas tu, Elon Musk pun “melenyapkan diri” dari Twitter buat sementara waktu (dua hari macam tu?) dan tukar namanya jadi DaddyDotCom?. Tweet terakhir dia dalam drama ni adalah “Baru sahaja delete account Twitter saya”. Tetapi sekarang dah kembali pulih dan dia masih post seperti biasa. Untuk pengetahuan korang, billionaire dan CEO kepada SpaceX ni memang prankster (suka bergurau) dan memester. Sudah tentu lah dia bergurau pasal dia delete account tu.

Tapi sedar tak sedar apa yang Elon Musk tu ada fakta dia macam, lepas dia dah post gambar 2B tu, terus ramai jumpa account original artist yang buat hasil seni tu. Apa-apa pun masalah dah selesai dan semuanya kembali pulih, dan ingat gais, jangan lupa kreditkan artist yang susah payah buat hasil kerja tu tau. Mungkin Elon Musk akan lepak pulak dengan Pewdiepie lepas ni? Siapa tahu kan?

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Peminat Lebih Menyukai Call Of Duty: Modern Warfare Berbanding Yang Lain, Tips Membeli Gaming Mouse Yang Awesome!,Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: