Enderal, Mod Skyrim Mempunyai Steam Page Sendiri!!!

Enderal, sesiapa yang kaki main game Skyrim, mesti tahu Mod ni. Ianya merupakan Mod yang akan mengubah kesemua element dan asset kepada game Skyrim korang yang dicipta oleh sekumpulan Modder dari German yang dipanggil sebagai SureAI. Ianya telah dilancarkan dalam bahasa English pada tahun 2016. Ianya merupakan satu storyline dan mempunyai latar belakang yang berbeza dari Skyrim tetapi masih mengekalkan kawalan dan juga fizik. Banyak juga perubahan yang telah dibuat, sebagai contoh, penambahan kepada sistem Experience point dan tiada lagi fast travel. Takpe, janji, kuda abam masih lagi boleh panjat gunung dengan bergaya.

Pada asalnya, korang perlu download Enderal dari server SureAI dan perlu diinstall ke dalam Skyrim. Ye la, dah nama pon Mod untuk Skyrim, tetapi korang kene reinstall, untuk membolehkan korang untuk menukar dari Skyrim ke Enderal. Sekarang ni, tidak perlu lagi, kerana Enderal telah pon mempunyai Steam pagenya yang tersendiri. Pencipta Mod tersebut mengatakan yang:

“Enderal akan mempunyai standalon dan direktori save gamenya yang tersendiri. Jadi, installation tidak lagi akan menggangu direktori Skyrim. Korang juga boleh mempunyai kedua-dua game pada masa yang sama! “

Walaupun ianya masih belum boleh di Download lagi, tarikh pelancaran akan diberitahu pada tahun ini. Mungkin, dalam masa yang terdekat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Enderal, di bawah, aku sediakan LINK dan juga Video untuk korang usha sendiri:

Enderal



Leave a Comment

Scroll to Top