Epic Games Store Bagus Untuk BL3 – Randy Pitchford

racun-tech-randy-borderlands

“Carut atau mengeluh banyak mana korang nak, tapi Epic Games Store bagus untuk Borderlands 3″ kata Randy Pitchford. Yes gais, inilah kata-kata yang dikeluarkan oleh bos Gearbox Software, yang membuat game Borderlands series termasuk yang latest Borderlands 3. Tapi sebab apa dia cakap macam ni?Kalau korang belum baca, apa kata korang baca pasal kenapa ramai orang benci dekat Epic Games Store so korang boleh lebih faham kepada article ni

Sebab Kepada Randy Yakin Pada EGS

racun-tech-randy-pitchford-explain

Sebab dia adalah Randy yakin yang sebenarnya Epic Games Store ni memang bagus untuk masa depan PC Gaming. Selain tu, katanya yang Epic Games Store akan ada banyak perubahan sepanjang perjalanan nanti so kita kena tunggu untuk sebarang kejutan daripada Epic Games Store katanya Randy Pitchford.

Tambahnya lagi, dia berkata, walaupun dia ada pengaruh dalam penjualan game Borderlands 3 tu, tapi keputusan menyeluruh terletak pada tangan 2K Games. Randy Pitchford jugak berkata yang dia akui EGS ni banyak feature tak ada dan ramai tak suka sebab tu. Tapi dia yakin yang EGS masih boleh lagi buat perubahan walaupun ada sesetengah feature memang tak akan masuk. Dia hentam lagi dengan berkata yang masa depan PC Gaming tak semestinya terletak pada Steam.

racun-tech-epic-store

Dia inginkan EGS jugak boleh jadi tempat di mana ramai pengguna akan selalu pakai pada masa akan datang nanti. Randy Pitchford jugak berkata yang dia yakin technology EGS mampu menandingi technology Steam dengan ketara. Steam jugak dikatakan oleh Randy dalam 5-10 tahun akan jadi seperti store lain, mati, tak active dan sebagainya. Benci betul Randy ni dekat Steam hahaha tapi apakan daya, dia pun ada kes yang membuatkan para gamer marah.

Akhir kata daripada Randy adalah, seperti mana dulu orang susah nak terima Steam, tapi dengan Half-Life 2 orang mampu terima Steam. Kiranya diorang mampu “telan” Steam dan sudah biasa dengan Steam. Begitu jugak dia inginkan orang ramai nak biasakan diri dengan EGS melalui game Borderlands 3.

Keep it chillax and ciao brochachos~


Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: