Epic Games Store Semakin Berubah Seperti Steam?



Hello, hello dan hello para gamers luar sana! Okay bro nak bagitau pasal satu announcement ni yang dibuat oleh director of publishing strategy Epic Games Store iaitu Sergei Galyonkin. Sergei telah buat announcement dekat account twitternya mengenai refund policy yang diubah baru-baru ni. Game yang dibeli boleh mintak refund dalam masa 14 hari atau bermain dalam bawah 2 jam selepas dibeli game tu.

Sebelum ni, untuk mintak refund balik daripada Epic Games Store, korang kena submit ticket. Daripada situ, korang akan dapat request pengesahan  diri dan kena isi semua info yang berkaitan.

Untuk perubahan yang baru ni, korang hanya perlu submit ticket je kepada player support buat sementara sebab sekarang ni diorang tengah nak buat platform Epic Games Store ni sebagai “self-service solution”.

Kebelakangan ni, Epic Games Store sedang berusaha untuk mengejar dan sekali gus memotong rival terbesar dia iaitu Steam. Sekarang ni Epic Games Store tengah bagi deal yang nice dekat semua developer untuk menjual game diorang dekat store diorang dan berjanji untuk tak ambil profit yang banyak. Epic Games jugak tengah menolong game developer yang memakai unreal engine untuk game diorang. Epic Games jugak dah settlekan contract exclusive dengan game baru yang belum keluar macam Hades, Walking Dead Season Finale, dan banyak lagi.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: