Esport Kuala Lumpur Game Show 2019



Esport Kuala Lumpur

racun-tech-esport-kl-1

Korang dah pergi ke belum ke Esport Kuala Lumpur? Hello there gais dan sekarang ni, E-jam tengah berada di Esport Kuala Lumpur yang diadakan di Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur. Event ni dianjurkan oleh Server DNA dan E-jam masuk-masuk je memang pergh! Banyak giler cool stuff yang ada!

racun-tech-esport-kl-2

Apa Yang Ada Di Sana?

So, macam kebiasaan event-event Esports, dekat event Kuala Lumpur Game Show 2019 ni terdapat banyak aktiviti yang korang boleh join seperti VR booth, main game FIFA 2019, Dota 2, Street Fighter, dan banyak lagi. Bukan tu je, dekat sana ada banyak tech-tech yang memang sangat cun ah yang patut korang tengok!

racun-tech-esport-kl-3

Bukan tu je, kami Racun Tech pun ada bukak booth tau iaitu booth gaming di mana korang akan main game Run Rooms and kalau korang survive dalam game Run Rooms selama 10 minit, korang akan dapat freebies iaitu badge Racun Tech dan magnet GPU Zotac. Tapi E-jam cakap awal-awal lah, memang susah gamenya hahaha.

racun-tech-esport-kl-4

So gais, memang rugi lah kalau korang tak datang sekarang, memang akan terlepas banyak benda. Tak lupa jugak yang kalau korang datang, korang akan berpeluang untuk memenangi lucky draw dengan hadiah yang sangat-sangat lumayan. Ingat gais, event Esport Kuala Lumpur ni hanya sehari so kalau korang tak datang sekarang, rugi besar nanti haa. Event ni bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang so datang tak datang la ye gais hehe

Keep it cool and ciao gais~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: