Hi semua gamers! Bro ada berita menarik untuk korang yang dah beli Fallout 76! Mulai hari ni, Bethesda dah keluarkan Fallout Classic Collection untuk semua gamers yang dah beli dan logged in masa full release Fallout 76.

Yes dapat semua game classic Fallout macam: Fallout, Fallout Tactics, dan Fallout 2. Tapi game-game ni hanyalah untuk dimain dalam PC je tau sebab takda remasteresd version atau remake dibuat untuk PS4 dan Xbox One. Game-game ni dulu dapat sambutan hangat jugak lah dan game-game ni la jadi pengasas kepada populariti Fallout sekarang tau so tak rugi pun kalau korang main game classic-classic ni sebab memang best.

Korang nak tak game free ni? Okay first korang kena lah dah logged in masa full release Fallout 76 haritu. Kepada sesiapa yang pakai Xbox One atau PS4 untuk log in masa full release tu pun boleh claim game ni dan install dalam PC. Seterusnya, download dan install Bethesda Launcher dalam PC. Lepas tu, sign in ke dalam Bethesda dengan info-info tentang account. Akhir sekali, install Fallout Classic Collection daripada games menu.

Haa senang ke tak senang? Game classic ni semua berbaloi tau so jangan lupa untuk ambil ye game ni bossku. Oh ya selain tu, Bethesda jugak announce pasal patch baru Fallout 76 (dengan 150 fixed) akan ada harini ni untuk PC manakala untuk konsol minggu depan.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: