Game MMORPG Baru Untuk Mobile!!!



Cubinet telah umumkan yang M.I.A ONLINE bakal dimainkan di Malaysia. Permainan ini telah diterbitkan oleh 7Senses, dan ianya sekarang dibina untuk mereka yang menggunakan Android dan juga iOS. Agak menarik jugak game ni, jadi, nak tahu apa yang menarik tentang M.I.A ONLINE? Teruskan lagi bacaan korang.

M.I.A ONLINE adalah permainan yang memberikan pengalaman adventure baru dengan 3D mobile action MMORPG. Permainan yang mempunyai dunia fantasi dengan memulakan pengembaraan epik yang menawarkan banyak ciri seperti System events, Kegiatan Guild, Bosses, Breathtaking Game-play dan banyak lagi elemen yang menakjubkan dan pasti akan membuatkan korang tercengang! Korang juga boleh mengembara negara dengan mengikut pilihan negara yang korang nak! Pilih di antara 4 negara dan memerintahnya sehingga capai kejayaan korang.

Selain itu, M.I.A ONLINE juga mentakrifkan semula Online PVP Battles dengan Massive real-time dan Multiple Scale PvP mode serta kandungannya seperti Arena 3×3, Arena 10×10, Perang Guild dan Perang Negara. Paling penting, permainan ini adalah percuma.

Banyak lagi features yang menarik yang korang boleh dapatkan. Soft Launch M.I.A ONLINE akan diadakan pada 17 November ini di Battle Arena Malaysia, Petaling Jaya. Jangan lupa ya! Oh, kepada korang yang nak join M.I.A ONLINE Launch Party, korang boleh register di sini. Marilah hadir beramai-ramai untuk korang tahu lebih lanjut akan game M.I.A ONLINE dan meriahkan lagi Launch Party tersebut!

 

M.I.A ONLINE sedang menanti anda untuk meneroka dan menjadi yang hebat di kalangan pemain yang lain!

Oh, M.I.A ONLINE dah buka pre-registration untuk korang yang tak sabar-sabar nak main game ni. Jadi, korang boleh klik disini untuk pre-registration okay. Sis pun tak sabar nak tengok dan main permainan ni. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh gunakan link yang disertakan di bawah:

Official FB Page: https://www.facebook.com/miaonlinemobile/

Community Page: https://www.facebook.com/groups/miaonlinemy/?ref=br_rs

Instagram: https://www.instagram.com/miaonlinemobile/

Twitter: https://twitter.com/miaonlinemobile

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCM9YhROS0rawf5bPJvBbS5g

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buatservis  komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 







[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: