Game pc PERCUMA di Steam untuk hari ini sahaja!

Ada berita terbaik untuk korang yang minat pc game tapi untuk hari ini sahaja. Korang boleh download game percuma di Steam sekarang! Game yang disediakan secara percuma ialah Orewell: Keeping an Eye on You.

Game ini telah digambarkan seperti cerita dalam novel klasik George Orwell, 1984. The Party atau kerajaan, telah mewujudkan saru sistem pengawasan yang dipanggil Orwell, tracks rakyat dengan media sosial, private communication, dan maklumat lain. Pemain akan jadi sebagai pekerja kerajaan dan diberikan tugas untuk detect data-data dan maklumat orang untuk mencari sesuatu maklumat yang mencurigakan.

Situasi yang akan hadapi, ada satu bom yang meletup di taman tempat pemain bekerja. Pemain akan diberikan tugas untuk mencari siapa yang melakukan letupan bom tersebut. Untuk mengetahu siapa yang melakukannya, pemain perlu menggunakan sistem Orwell ini untuk dapatkan maklumat dengan melihat segala post-post orang di media sosial, akaun bank, emel dan maklumat lain. Game ini mempunyai lima chapters.

Menurut review Orwell di Game’s sport, James O’Connor memberitahu bahawa game ini mempunyai cerita yang rumit dan menarik kerana pemain akan banyak berfikir untuk selesaikannya.

Cepat dapatkan game percuma ini di Steam sekarang. PERCUMA HANYA PADA 4 OKTOBER!

 



		
		

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: