Game SCUM Terjual 1 Juta Dalam Masa Kurang dari Sebulan!

Korang ingat tak, minggu lepas abam ada tulis satu artikel tentang review game SCUM ni di Steam. Hari ini, abam terbaca yang game SCUM ni, telah pun terjual 1 juta kurang dari sebulan! Apa semua ni weh, maksud abam, best sangat ke game ni? Tak sampai sebulan dah cecah 1 juta jualan. Tahniah kepada developer, Devolver Digital kerana telah berjaya menjual game SCUM ni, sampai satu juta, dan juga mencipta satu game yang bagi abam, sangat realistik!

Ceritanya, kepada mereka yang merupakan bermain SCUM akan dapat DEagle berwarna emas yang dipanggil “the first time nature calls”. Ada had masa tau, korang hanya ada sehingga September 25 untuk claim DEagle yang berkilat dan berwarna keemasan ni. Tambahan kepada mereka yang beli Support Pack akan dapat jam “Nice Watch”. Pada masa sekarang, mungkin jam ni tak memberi apa-apa fungsi yang menarik, tetapi, mungkin, pada update hadapan, ianya akan memberikan korang fungsi yang baik untuk jam yang diberikan ni.

Untuk info tentang SCUM, korang boleh ke LINK yang aku sediakan ni (korang tekan je LINK tu, nanti dia akan bawak korang ke site yang ada announcement tentang game SCUM ni). Sekali lagi, tahniah dan apa pun, abam mengharapkan yang game SCUM ni buat yang lebih baik dan menarik untuk update yang akan datang demi pemain yang dah main dari awal pelancaran lagi.



Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: