Gears 5 Jadi Game Smoke-Free Selepas Rayuan Anti Smoking Organization

Walaupun Game Ganas Tapi Jangan Berharap Pada Rokok Untuk Masuk Dalam Game Ini

racun-tech-gears-5

Gears of War, atau game terbaru dalam series ini iaitu Gears 5, adalah game yang mendapat rating M-rated game sama seperti game sebelumnya. Apa yang membuatkan game ini mendapat rating “Mature” adalah terletak kepada betapa ganasnya game ini seperti memotong badan enemy separuh, tembak sehingga pecah bahagian badan dan sebagainya.

Tapi kali ini, ada satu benda yang tidak dimasukkan dalam game ini, iaitu merokok. Sebelum ini ada isu mengenai rokok dalam game ini (walaupun tak banyak scene yang ada scene merokok) yang telah dibincangkan dalam sejarah Gears of Wars. Tapi kali ini lebih dikhususkan oleh pertubuhan anti merokok Truth Initiative yang telah menghampiri Turner, seorang penyiar Esports untuk ELeague yang mempunyai hak dalam game itu. Selepas dihampiri oleh pertubuhan anti merokok itu, Turner terus bekerjasama dengan The Coalition, developer game Gears 5 untuk membuang sebarang element merokok dalam game ini.  

Director Studio Gears 5 Sememangnya Anti Rokok

racun-tech-gears-5-smoking

Rod Fergusson, director dalam Gears 5 punya studio iaitu The Coalition, telah membuat post Tweet pada hari Jumaat lepas mengenai dia sebenarnya adalah salah seorang yang sangat-sangat membantah terhadap perokok dan aktiviti merokok ini. Sebabnya adalah ayah dia merupakan seorang perokok dan telah meninggal dunia masa umur 38 akibat sakit jantung, ketika itu Rod Fergusson berumur 4 tahun.

Dalam concept art untuk game Gears of Wars pada tahun 2008, ada yang menunjukkan bahagian merokok tetapi Rod telah membuangnya dalam final cut untuk game itu.

Gameplay Multiplayer Gears 5?

racun-tech-gears-5-multiplayer

Game Gears 5 ini sedang berada di dalam ELeague Gears Summer Series Invitational, disiarkan secara langsung di Twitch. Tournament ini telah ditaja oleh Truth Initiative (salah satu sebab untuk membuang adegan merokok itu). Ini adalah kali pertama untuk peminat series game ini untuk melihat perkembangan gameplay game terbaru series ini macam mana, memandangkan game ini akan keluar pada 10 September nanti dan akan dilakukan technical test pada 19 July dan seterusnya pada 26 dan 29 July.

Menurut laporan Variety, pembuangan aksi merokok ini akan pasti menghasilkan impak besar dalam membendung kalangan pemuda daripada terjejas dengan gejala merokok. Ini kerana kebanyakan pemuda boleh mula terikut dengan aksi dalam game yang mereka bermain (walaupun game ini memang telah dilabelkan sebagai game yang ganas).

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: