Genshin Impact, Breath Of The Wild Anime Stail Clone Yang… Agak Awesome?

Walaupun Hampir Serupa Tapi Rasa Berbeza Yang Ketara

So ada satu game baru yang dikeluarkan oleh miHoYo, developer untuk game Honkai Impact dan sebagainya dan game baru ini diberi nama Genshin Impact. Pada pandangan pertama mungkin korang akan mengenali game ini seperti game Nintendo iaitu The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Yes, seperti dalam trailer di atas, daripada UI (user interface), pemandangan, dan sebagainya ada banyak persamaan seperti game Breath of the Wild.

Tapi sebenarnya game ini… agak bagus. Walaupun ada banyak persamaan, tapi game ini dapat membangunkan semangat ingin menerokai dunia Genshin Impact ini..

Gameplay Genshin Impact

Gameplay pulak lebih kurang macam Breath of the Wild tapi ada perubahan sikit. Macam BOTW, dalam game ini boleh panjat, UI yang hampir serupa lagi-lagi bahagian item management, dan enemy pun boleh dikatakan clone kepada BOTW tapi ada perubahan. 

Untuk bahagian lawan pulak, aksi dia lebih kepada gaya anime dan boleh memakai skill. Combat system bagi game ini lagi laju, Dalam game ini jugak korang akan mempunyai stamina gauge yang di mana kalau lari laju atau panjat lama-lama maka korang pun akan kehabisan tenaga.  Seperti yang dikatakan tadi memang seperti stail anime. Senang cerita game ini memang ada unsur-unsur anime sikit. 

Seperti Anime?

racun-tech-genshin-impact

Kenapa macam anime? Dalam trailer itu, bangun-bangun jer dah ada suara budak-budak yang kejutkan kita. So ada lah kan unsur-unsur macam anime. Developer game ini, miYoHo juga buat Honkai Impact dan stail game itu memang menyerupai anime.

Genshin Impact Boleh Dimain Di Mana?

racun-tech-genshin-impact-website

Apa yang bagusnya game ini, game ini boleh dimain untuk PC dan iOS tak seperti BOTW. So bagi korang yang teringin sangat nak main BOTW tetapi tiada console Nintendo Switch, maka game ini (walaupun hampir serupa) akan memberikan korang feel seperti bermain The Legend of Zelda: Breath of the Wild.

Walaupun ramai yang berkata game ini clone kepada BOTW, tapi jangan biarkan perkataan itu menghalang korang untuk mengalami pengalaman yang berbeza dalam game Genshin Impact ini bila dah keluar nanti. Buat masa ini, game ini sedang dalam closed beta tapi korang boleh sign up untuk beta nanti di website diorang. Apabila korang dah bukak website Genshin Impact ini, korang akan rasa teruja (E-jam dah try dan memang pelik mula-mula but buat rasa korang teruja dan ingin tahu). Apa-apa pun keep it cool, stay safe dan ciao gais.

Sumber: Polygon

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: