Ghost Recon Breakpoint Adalah Game Yang Tak Boleh Main Dengan AI Comrade Dan Sangat-Sangat Mencabar

Ghost Recon Breakpoint adalah game terbaru dalam siri Ghost Recon daripada Ubisoft. Kali ni game ni memang special sedikit dan kepada korang yang rasa game Ghost Recon Wildlands tu hampa, maka korang takkan hampa dengan game ni (harap-harap lah). Game kali ni memfokuskan dengan character yang korang pakai nanti yang terkandas di dalam-dalam kawasan musuh.

Plot Story Ghost Recon Breakpoint

racun-tech-ghost-recon-breakpoint

Story game ni di set di atas pulau archipelago fictional iaitu Auroa. Di atas pulau Auroa ni, ada satu company drone yang tercanggih yang dikenali sebagai Skell membuat drone-drone tercanggih diorang di situ. Tapi kedatangan kumpulan Wolves telah menakluki pulau tu dan terus ambil alih company Skell tu.

Diorang pun terus jadikan pekerja Skell sebagai orang tebusan dan menggunakan drone diorang sebagai alat peperangan diorang. Sekarang adalah tugas Ghost untuk kalahkan diorang dan terus ciao. Ghost ni untuk pengetahuan korang adalah satu team elite yang professional dalam menjalankan misi susah-susah. Sampai-sampai je, start situ lah operasi diorang terus kucar kacir.

Helicopter diorang dah musnah ditembak oleh kumpulan Wolves dan diorang pun terpaksa meneruskan operasi diorang. Di atas pulau tu, dengan communication terputus akibat gangguan oleh Wolves, peluru yang sikit, dan supply yang tak banyak, ahli-ahli pasukan Ghost pun terpaksa meneruskan operasi diorang. Boleh kata game ni goal dia memang fokus kepada survival di dalam kawasan musuh.

Siapa Organisasi Wolves Ni?

racun-tech-ghost-recon-breakpoint-cole-d-walker

Wolves sebenarnya adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh Cole D. Walker, seorang bekas Ghost. Bukan dia seorang je, ahli-ahli dalam Wolves tu merupakan bekas Ghost pada waktu dulu. So sebab tu diorang dapat tau di mana diorang, macam mana diorang beroperasi dan sebagainya. Enemy macam ni lah yang mencabar sebenarnya dan membuatkan satu story tu jadi best. Character Cole D. Walker ni jugak dimainkan oleh Jon Berthal (pelakon Punisher dalam Punisher siri Netflix).

Gameplay, Survival, Cuaca Dan Banyak Lagi

racun-tech-ghost-recon-breakpoint-wolves

Tapi bila E-jam sebut survival bukan maksudnya korang boleh senang-senang jer bunuh enemy dan ciao, eh bukann. Dalam game ni, dia amik titik berat pasal semua benda. Contohnya korang cukup makan and minum ke tak? Kalau korang kekurangan kedua-dua, korang akan kehilangan combat bonus (health dan stamina) so tu memang tidak bagus bila korang akan berlawan nanti. Seterusnya adalah, weapon korang mesti di check selalu. Weapon korang jugak perlu dijaga sebab weapon korang nanti boleh jadi teruk dan tak boleh dipakai dah.

Selain tu, survival ni jugak menitik beratkan pada kecederaan korang. Kecederaan dalam game ni memang sangat teliti dan boleh mengubah keadaan korang dalam combat. Contohnya korang sakit kaki, maka korang tak boleh lari dengan laju. Kalau tangan korang kena tembak? Maka aim korang akan lari. Tak lupa jugak Ghost Recon Breakpoint ni jugak ada system jatuh bukit so kalau ada bukit yang tajam tu hati-hati lah ye sebab boleh tergelincir.

Untuk tambah keadaan lagi teruk, korang kena hadapi situasi cuaca jugak. Dikatakan dalam game ni ada system pertukaran cuaca dan ada jugak puncak salji, fjords, gurun dan jugak volcano. So rasa-rasanya dalam tempat yang macam ni boleh pengaruhi cara lawan korang nanti. Tapi jangan risau kalau korang sakit, sebab korang boleh kutip resource dan craft bandage, rations dan korang kena cari safe zone atau buat sendiri bivouacs untuk heal diri sendiri dan team.

Cuaca Berubah, Feature Sync Shot Masuk Ghost Recon Breakpoint?

racun-tech-ghost-recon-breakpoint-snow

Dalam game ni, cuaca memang main peranan yang penting. Korang jugak boleh skip time melalui penggunaan rehat di safe zone. Kalau malam tiba, korang boleh berselindung di dalam kegelapan. Tapi kalau cuaca jadi teruk, jumlah patrol daripada Wolves akan semakin berkurangan. So gunakan tactic yang bernas dengan penggunaan system cuaca ni okay? 

Selain tu jugak, dalam GR Wildlands, ada satu system yang dipanggil sebagai Sync Shot. Sync Shot adalah yang membuatkan semua team korang menembak satu group enemy secara berkoordinasi dan serentak. So dalam game ni, Sync Shot yang disukai ramai telah diambil dan dimasukkan untuk kegunaan player. Selain Sync Shot, ada satu feature yang boleh digunakan player untuk bersembunyi iaitu Prone Camo. Prone Camo ni, korang kena baring dan korang boleh selumutkan diri korang dengan lumpur untuk bersembunyi daripada enemy.

Conclusion, Tak Boleh Main Seorang Dengan Computer?

So overall, game ni agak best dan mencabar daripada segi survival dan storynya. Feature game ni jugak menunjukka potensi yang bagus untuk diterima oleh ramai gamers. Ghost Recon Breakpoint ni jugak sebenarnya tak boleh main secara solo dan ditemani dengan AI. Kalau korang nak main secara satu team maka korang kena main online. Ubisoft saja buat macam ni sebab diorang tau ramai player suka main solo ataupun dengan kawan-kawan sahaja.

So gais, adakah korang terfikir nak beli game ni nanti? Daripada main solo better main co-op dengan kawan kan? Ghost Recon Breakpoint akan keluar untuk Windows PC, PS4 dan Xbox One. Release date dikatakan pada October 8 dan info lebih lanjut akan dikeluarkan di E3 2019 pada bulan June nanti so keep it classy and ciao gais~

Sumber: Polygon

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: