Selepas bertahun-tahun aku main game Monster Hunter kat 3DS sorang-sorang, akhirnya Monster Hunter World dah lebih mainstream antara kalangan gamers di Malaysia. Oleh itu, korang kene pulak tahu satu lagi game yang mempunyai genre dan gameplay yang sama: GOD EATER 3.

God Eater 3 merupakan game terbaru dalam siri tersebut. Masa aku first dengar pun, tak ramai sangat yang tahu. Tapi bila tengok game dia, terus tertarik aku dengan combat dia. Macam Monster Hunter jugak, dalam God Eater ko main sebagai karektor yang mempunyai senjata over the top, hit enemy dengan combo yang giler power dan elak attack last minute. Rasa cam hero dalam anime pulak.

Game ni sesuai kat korang yang nak main secara casual je, Story dia simpler tapi menarik. Tak repetitif sangat. Part lawan dan part cutscene dia seimbang so masih boleh takde pressure time main. Kalo Monster Hunter, ia terlalu memaksa player untuk sentiasa hunt. So better main God Eater 3 untuk enjoy game yang ko tak perlu terlalu obses sangat dalam mendapatkan semua collectibles yang tersembunyi.

Belum cerita pasal design diorang lagi. Perghh. Weapons dia taknak extreme lagi. Tak tau la nak start cerita yang mana satu dulu. Kalo nak weapon atttack laju pakai Biting Edge, tapi kalo nak weapon macam Cloud Strife daripada Final Fantasy 7, pakai Buster Blade (takde pun dia tapi nama weapon dia hampir sama). Aku punya favourite ialah Heavy Moon. Dia berbentuk macam bulan sabit tapi yang gempaknya dia boleh jadi kapak. Tengah-tengah combo pun boleh switch. Itu baru melee, range pulak ada Ray Gun, Assault dan juga Shotgun. Korang tak semestinya kena pakai semua, cer cari mana yang sesuai dengan korang. Everyone is special.

GOD EATER 3 release pada 8 Februari 2019 so check kalendar korang sekarang jugak. Kalo taknak percaya aku, tengok review game tu pun skor tinggi-tinggi. What are you waiting for? Main la sekarang!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




%d bloggers like this: