Google Wimbledon 2019 Scores, Dan Korang Akan Main Tenis

Bukan Google Jika Tiada Easter Egg

racun-tech-google-askew

Seperti mana yang korang tau, Google sangat dikenali dengan menjadi browser yang menarik dan ada benda-benda yang tersembunyi iaitu easter eggs. Jika korang search “askew”, maka hasil daripada search itu akan menjadi senget ke kanan dan ini sebab “askew” bermaksud kedudukan tak sekata.

Selain itu jugak ada “do a barrel roll”, “zerg rush”, “play snake” dan sebagainya! Tapi kali ini kita telah didatangi dengan easter egg baharu sempena kejuaraan tenis Wimbledon 2019, yang baru sahaja habis.

Wimbledon Game Dalam Browser Google

racun-tech-google-wimbledon

Seperti gambar di atas, jika korang search “Wimbledon Scores” dalam Google, korang akan nampak senarai-senarai markah setiap perlawanan yang ada untuk kejuaraan tenis ini. Tapi jika korang scroll kategori sehingga habis pada senarai markah itu, korang akan jumpa satu gambar bola tenis.

Tekan pada bola tenis itu dan game tenis pun akan muncul. Sebenarnya itu adalah game Pong tetapi direka semula dengan menggantikan palang dengan player haiwan dan ada gelanggang tenis. Cara untuk main game ini senang sahaja, korang hanya perlu tekan kiri atau kanan untuk melantunkan balik bola tenis tersebut. Game tenis ini agak mencabar, sebab makin lama game ini berlangsung, makin laju pukulan bola tenis tu dan makin susah untuk korang “catch up” dengan bola itu.

Walaupun tidak best sangat, tapi sekurang-kurangnya ianya boleh jadi tempat untuk orang ramai boleh meluangkan masa sambil menunggu sesuatu. So, adakah korang dah jumpa easter egg ini dulu sebelum ini? Korang tahu tak easter egg lain yang  disembunyikan? Browser ini licik jugak rupanya.

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: