Grafik Realistik Bukan Segalanya Untuk Game




2009 adalah tahun Call of Duty 4: Modern Warfare diperkenalkan pada aku. Semua orang jadi giler dengan grafiknya waktu tu. Walaupun dah keluar dua tahun sebelum, hypenya masih membara. “Nampak REAL giler” kata sepupu aku masa umur 10 tahun. Aku setuju. Ia memang REAL. Sehinggalah keluar Modern Warfare 2. Waktu tulah grafiknya tetibe nampak buruk.

Ini bukan konspirasi atau apa. Seperti mana kita tengok game tape sekarang, memang nampak lapuk. Dengan pixel-pixel besar gedabak. Tapi masa first-first keluar pada 1980-an, ia merupakan sebuah inovasi. Sekarang, Mario pun dah jadi 3D. Apatah lagi game-game perang camtu.

Ada satu tabiat yang ramai tak perasan diorang selalu buat. Tak kira game, movie ataupun dalam TV, kalau ada je nampak tak real mesti nak kene bagitau. Tembak tak real la, hantu nampak fake la. Kene faham yang dalam sesuatu medium pun ada limitasinya. Bukan semua orang ada bajet Jurassic Park nak buat robot Dinosaur gergasi. So enjoy the fakeness. Kalo tak mengganggu story, takde masalah pun.

Bagi aku, grafik bukan sahaja bermakna PC “sapa boleh main dengan High Settings.” Ia lebih daripada itu. Asyik gaduh pasal game mana yang lagi nampak real, apa kata aku share sikit mana yang ada visual lain daripada lain?

Dark Souls dan Bloodborne

Game Dark Souls memang tak real. Takde sesapa pun akan menafikannya. Tapi designnya adalah tahap dewa. Map dia sentiasa ada detail yang terperinci. Monsternya semua nampak gross dan menyeramkan. Bossnya semua nampak intimidating. Orang dah tak perasan dah kulit dia nampak tak real kalau korang tengah sibuk lari daripada Gaping Dragon.

Bloodborne pula adalah game bertemakan Victorian Gothic. Dunianya sentiasa di dalam kegelapan. Pakaian character dan enemy semua ala-ala Eropah Zaman Excalibur dulu. Ia merupakan sebuah art direction yang menarik. Ia memberikan Gothic Horror populariti di kalangan mainstream. Waktu tu pulak game seram semuanya game-game zombie, ia memberikan sebuah pandangan fresh kepada korang kasual macam aku ni.

Journey

Pepatah “less is more” mempunyai banyak makna. Untuk topik hari ini, Thatgamecompany (yes, itu nama studio mereka) memberikan intepretasinya dalam bentuk Journey, sebuah game Adventure minimal keluaran PS3. Gameplay dan storynya adalah sangat simplistik. Artstylenya? Magnificent. Keindahan bukit-bakau di padang pasir. Bangunan-bangunan batu nampak mysterious. Kesan pencahayaannya yang bersih dan suci. Game ini adalah satu contoh ‘timeless’. Walaupun dah keluar pada tahun 2012, sampai sekarang masih nampak cantik. So no wonder la menang banyak Anugerah “Game of the Year”. Syabas kepada Thatgamecompany sebab telah berjaya menciptakan masterpiece pada era moden ini.

Shovel Knight

Pixel bukan maksudnya ia buruk atau lapuk. Namun pada zaman game tape tu ia merupakan limitasi kebanyakan skrin pada waktu itu. Sekarang dengan HD, 4K dan Ultrawide, masalah pixel tu dah tak wujud. So kenapa masih ada game bucu tajam ni?

Pixel Art adalah satu genre yang sangat menakjubkan. Ia sangat nostalgik, simple dan kreatif. Untuk kebanyakan gamer, itulah childhood mereka. Selepas seharian terseksa belajar, dibuli, diejek kat sekolah, game memberikan mereka  sebuah dunia yang baru untuk diterokai. Jauh daripada realiti kehidupan.

Shovel Knight menghidupkan semula semangat kanak-kanak kami sebagai gamer. Seolah-olah kita sedang bermain game Mario pada hujung minggu. Controlnyanya sangat ketat dan responsif. Designnya adalah kreatif dan fun. Storynya… storynya terlampau sedih. Dengan mengehadkan kepada pixel art, mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang unik dan kreatif. Senjata anda adalah sebatang cangkul. Anda boleh pukul, menggali, lompat atas enemy, dan banyak lagi.

Apa Yang Nak Disampaikan?

Aku harap lepas ni korang tak terlalu fokus kepada grafik game tu. Tujuan artikel ini adalah untuk memberi perspektif baru kepada gamers di luar sana. Manfaat daripada ini adalah anda akan lebih terbuka menerima pandangan baru. Tidak mengehadkan kepada game mainstream sahaja.

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus  team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top