Greedfall, Game Story Rich Single Player Mendapat Official Release Date

Release Date?

Game RPG terbaru Greedfall oleh developer Spiders, kini telah menerima tarikh official release date iaitu pada 10 September 2019. Game Greedfall jugak akan ada untuk PS4, Xbox One dan PC pada tahun ni nanti.

Plot Greedfall

racun-tech-greedfall-game

Ditetapkan pada abad ke 17, game ini mengambil tempat di sebuah pulau misteri yang didiami oleh magic aneh, harta yang sangat banyak, penduduk yang menarik, dan pemburu harta sekali. Tetapi, disebabkan ada satu pergaduhan berlaku di antara pendatang baru dan penduduk tempatan, kita akan terpaksa memilih pihak mana yang kita akan berganding nanti untuk menyelesaikan conflict besar ini.

Korang akan bermain sebagai seorang pendatang baru dan ingin mencari penawar kepada penyakit di atas pulau misteri itu. Di samping itu jugak, disebabkan colonist ingin mendapatkan pulau itu untuk exploit kekayaan yang pulau itu miliki, sudah tentu penduduk tempatan akan melindunginya. Penduduk tempatan menggunakan magic dan supernatural Guardians untuk menghentikan siapa-siapa yang ingin mengacau kehidupan penduduk di kepualaun itu.

Melalui trailer yang diberikan, combat dia ada menyerupai seperti Dark Souls dan The Witcher. Walaupun game ini nampak seperti pergerakannya “keras” tetapi apakan daya, studio ini hanya mempunyai seramai 20 lebih orang dan tak mempunyai bajet yang mencukupi. Ramai yang suka dengan gameplay yang dibuat oleh studio Spiders untuk game Greedfall ini.

Tapi combat bukan sahaja cara untuk melepasi sesuatu. Korang juga boleh menggunakan stealth atau menggunakan skill diplomasi yang ada dalam game ini untuk mendapatkan atau melepasi sesuatu. Storyline game ini akan dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat oleh player maka walau apa pun keputusan yang dibuat, storyline ini akan berubah so hati-hati. 

So jangan lupa untuk dapatkan game ini pada 10 September 2019 nanti untuk merasai game yang awesome ini.

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: