GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini

Leak Besar GTA VI Yang Menarik Perhatian Orang Ramai

racun-tech-gta-vi

Baru-baru ini Reddit tengah heboh tentang satu game yang dikatakan adalah game GTA VI. Ada satu akaun Reddit yang berkata dua kawan dia yang bekerja di PC Gamer dan Kotaku, memberikan informasi tentang kemungkinan isi kandungan GTA VI. Maka dia pun bertanya kepada kawan dia, iaitu salah seorang yang bekerja untuk Rockstar, menggelakkan dia dan berkata “kau tahu aku tak boleh bercakap tentang itu kan”

So kemungkinan leak itu adalah benar? Dikatakan dalam game ini, kita akan bermain sebagai seorang watak bernama “Ricardo” dalam Vice City dan Rio De Janeiro. Selain itu, salah satu character penting iaitu Kacey jugak penting dalam jalan cerita game tersebut. Kita merupakan seorang pekerja bawahan yang ingin menaikkan nama diri dalam business menjual dadah. 

Senarai Leak GTA VI

racun-tech-gta-vi-leak

Di bawah ini adalah senarai leak didedahkan di post Reddit berkenaan:

  • Selepas habis RDR2, Rockstar Worldwide Production kini fokus pada title baru GTA VI dan kemungkinan Bully 2
  • Codename projek adalah Project Americas
  • Latar belakang game kali ini adalah di Vice City dan Rio de Janeiro dan mission linear di Liberty City. Selain itu ada perbincangan tentang Cuba
  • Game akan seimbangkan antara realism dan arcade dan tak realistik seperti Red Dead Redemption 2
  • Protagonist hanya seorang dan ianya lelaki (bukan wanita seperti leak sebelum ni mendedahkan)
  • Tahun dalam game ini telah set dalam tahun 1970-1980s
  • Akan menggunakan “Chapter” seperti Red Dead Redemption 2
  • Cuaca adalah salah satu fokus utama dalam game ini. Contoh: Banjir, Taufan
  • Character GTA V, Martin Madrazo akan membuat kemunculan dalam game ini tetapi versi lebih muda dan ayahnya adalah drug lord besar ketika itu. Kita akan membuat mission untuk keluarga Madrazo ini
  • Mechanic Drup Empire ini akan lebih kurang sama macam dalam game GTA Vice City Stories tetapi lebih besar. Macam GTA Online tetapi kali 10 kali ganda besarnya
  • Senjata dalam game ini akan hanya mampu dibawa oleh character korang. Selebihnya akan disimpan dalam but kereta. Armor pulak akan dapat dilihat apabila dipakai (tak halimunan seperti game sebelum ini)
  • Dalam game ini akan ada banyak sari kata yang ditunjukkan sebab banyak menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Spanish (Mungkin?)
  • Game ini akan ada topik dan isu semasa yang hangat seperti HIV dan krisis immigrasi ketika itu.
  • Dikatakan game ini akan ada hanya untuk next generation console iaitu PS5 dan Xbox Scarlett
  • Game masih Pre-Alpha. Semua yang di atas mungkin akan ditukar mengikut peredaran masa
  • Tiada sebarang update tentang release date game ini

Bully 2 Leak Pun Ada

Selain daripada mengenai GTA VI ini, katanya Bully 2 jugak dalam proses development ketika ini. Kita akan menggunakan protagonist Bully yang pertama iaitu Jimmy dan kali ini dia akan memasuki Universiti dan setakat ini, itu sahaja informasi yang dapat diketahui.

So itu sahaja leak yang didedahkan setakat ini. Macam biasa, bila leak keluar, kita tak sepatutnya mempercayainya 100%. Garam pun kita tengok macam gula betul? Apa-apa pun keep it cool, stay safe dan game on.

Sumber: Reddit, comicbook/wwg

See Also: Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: