Halo Co-Creator Dedahkan Game FPS Baru: Disintegration

Adakah Game Ini Mendapat Aura Halo Nanti?

racun-tech-co-creator-halo-studio-v1-interactive-private-division

Disintegration adalah satu game baru yang akan keluar pada tahun 2020 nanti dan game ini dibuat oleh studio V1 Interactive dan Private Division. Untuk pengetahuan korang, V1 Interactive ini adalah studio baru yang diasaskan oleh creative director untuk game Halo iaitu Marcus Lehto dan SOCOM (video game) director Mike Gutmann beberapa tahun dulu. Tetapi info lebih tentang pasal game ini masih tidak didedahkan.

Teaser Oleh V1 Interactive

Melalui teaser tersebut, banyak yang tidak diketahui cuma yang pasti game ini adalah Sci-Fi First Person Shooter (adakah macam Halo jugak). Untuk objek yang berada di dalam teaser tersebut, kita tak tahu adakah itu sebuah armor, kenderaan, robot, atau itu adalah senjata? Ramai yang tertanya kepada objek di dalam teaser itu.

Menurut kata Lehto bekas creative director Halo itu, “Peluang untuk membuat bukan sahaja satu game baharu, tetapi seluruh studio ini juga sangat-sangat menyeronokkan.”. “Ianya sangat menarik apabila dapat mengkongsikan apa yang telah dihasilkan oleh team yang memberansangkan ini, dan kita tak sabar untuk memperkenalkan game ini yang team kami tengah buat pada bulan depan.”

Game ini akan didedahkan selebihnya pada event Gamescom, iaitu pada bulan depan dan tarikh spesifiknya adalah, menurut video game journalist Geoff Keighley, game ini akan didedahkan pada 19 August di Gamescom sebagai Opening Night Live show. Mungkin kita akan dapat tengok game ini akan sama seperti Halo atau tidak.

Adakah benda dalam teaser itu sebuah kereta tebal boleh terbang? Atau Pod Racing?

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: